Sunday, September 25, 2011

:: Ceritera UniSZA ::

Assalamualaikum...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahukakbar!
Alhamdulillah..syukur kepada Allah..berselawat untuk kekasih hati iaitu Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

Memandangkan hari ni hamba hanya ada 1 kelas sahaja,hamba buat keputusan nak cerita sket pasai kehidupan baru di UniSZA ni...patutnya kelas pagi tadi iaitu kelas Tamadun Asia dan Tamadun Islam(TITAS) tapi lecturer tak datang...lepas tu kelas BI petang ni cancel...jadik kelas yg still available,kelas akaun kul2 petang... :D

pintu pagar hadapan Kampus Gong Badak...kampusku laa..
okeyy..bermula pada 3 September 2011 secara rasminya hamba bergelar mahasiswi bagi UniSZA..yg memegang angka giliran daftar 22..membawa hamba menginap ke asrama sementara iaitu blok baru,blok G..
Seterusnya mempunyai roomate sementara iaitu Nur Amalina Bt Anuar,asal Johor,ex matrik Selangor(KMS) dan satu course dgn hamba.. :))
Antara kolej kediaman yang baru..ni bukan blok G...
Banner Minggu Mesra Siswa
Ijazah Sesi 2011/2012...
Dan hamba menjalani Minggu Mesra Siswa(MMS)dengan baiknya walaupun ada la sket ujian Allah bagi...
Semasa MMS tu macam-macam yang kami semua dapat...segala ilmu kami dapat...dari kuliah subuh sehinggalah ceramah pada malam hari iaitu jam terakhir sebelom kami semua(student degree)diberi rehat...
MMS ni dijayakan oleh MPP UniSZA sesi 2010/2011 dan pembantu-pembantu mahasiswa(PM)..

Antara kenangan yang hamba takkan lupakan dalam MMS ni ialah hamba beriadhah pada satu petang tu..hamba dan muslimat-muslimat lain bermain futsal... =) sangat2 suka dapat main futsal sebab dh tercapai impian nak main dgn muslimat...masa sekolah dulu dh rancang dgn classmate perempuan tapi tak tercapai..sekarang,Allah dah izinkan...hehe
Selain tu,kenangan bersajak pada malam kebudayaan MMS...kumpulan hamba kena tugasan bersajak..
bersajak mengenai wanita!

Pada hari terakhir MMS iaitu Khamis(8 September 2011)satu kejadian telah berlaku pada tengah hari itu...
Ramai student yang terkena food poisoning..DAN hamba antara mangsa yang terkena...patut la tengah hari tu hamba ada tertengok van kesihatan dari hospital...(UniSZA ada klinik dan ambulance sendiri..:) hamba telah rasai naik ambulance UniSZA sebab sakit perut ni la...hehe)
Kawan baik hamba pon turut terkena jgk..Doktor Erma Farhana...kami dibawa ke klinik UniSZA dan diberi ubat...tapi dr.erma kene suntik...hehe..dia sorang je yg kena suntik...yang p klinik tak de pon yg kene suntik..
Ni antara kenangan kami kt UniSZA jgk...

Pada malam tu,majlis penutup diadakan...dan patutnya pada pukul12 tengah malam tu,kami semua kena p ke Kem Merang untuk menjalani kem profil diri...untuk memilih student yg sesuai dilatih untuk jdik pegawai diplomatik/ptd...akan tetapi,pada malam tu ribut dan hujan yang agak lebat..jadik pelepasan kami ke sana ditunda ke pagi esok sebaik selesai solat subuh...
Disana kami dibahagi mengikut kumpulan dan buat ldk..dan petang tu plak kami junggle trekking dan water confident...1 pengalaman yg best =)kul6 petang Jumaat,kami semua pulang..keletihan..
suasana di Kem Merang,Pantai Merang...
Malam tu,hamba check kolej kediaman tetap untuk diduduki selama 2 sem nanti..hamba dapat blok Saodah dan roomateku tetap yg same.. Alhamdulillah..ina :))
Pada pagi Sabtu,hamba berpisah dengan Dr.erma..sebab dia akan berpindah ke Kampus Kota di tengah bandar Kuala Terengganu...Dan hamba mengangkut barang-barang ke bilik baru...beg-beg besar,hamba tunggu abang terchenta datang tolong angkutkan...hehe..terima kaseh ye... =)

Dan seterusnya inilah kehidupanku yang baru! Hari Ahad bermula kelas...
oklah,cerita untuk kehidupan di blok Saodah,kelas dan rakan-rakan sekelas insyaAllah hamba akan post dalam entri seterusnya...biiznillah..

sekian,wassalam..

Masjid UniSZA tersergam indah....

Saturday, September 24, 2011

~kehidupan baru~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wa syukurillah..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sehingga ke hari ini diri hamba masih diberi kesempatan untuk terus menjadi khalifah di muka bumi Yang Maha Esa...Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

hari ini sudah genap sebulan,ku meninggalkan diariku ini...ada banyak kekangan yang menyebabkan diari terus penuh dengan 'sesawang'...

"tak de mood nak menulis la...huhu"
"sibok sket...persiapan ke alam u"

dan sekarang,hamba berada di universiti! Alhamdulillah..tak terucap syukur kepada Al-Kholiq kerana memakbulkan doa hamba yg mengingankan univerisiti ini...minggu ni sudah masuk ke-4 hamba berada di sini..
kelas sudah bermula 2 minggu yg lepas..banyak yg perlu dipelajari tentang selok-belok kehidupan uni ini...

selama hampir sebulan,agak kesibukan sket untuk menulis dalam diari...banyak hal yg menuntut perhatianku juga...insyaAllah selepas ini diari akan terus 'beroperasi' seperti biasa..dgn izin Allah jua...
hehe...sibokk mengalahkan TGNA kerrr... :D

bersyukur kepada Allah juga(merujuk kpd entri yg terakhir sebelom ni)hati sudah mula terubat dengan kehidupan baru ini...tetapi minggu ini akan 'kegersangan' hati sket...huhu...ujian2.. {syaitan tgh hasut perasaan,nauzubillahi min zalik!!}

terase nak bercerita tentang kehidupan baruku secara detail tapi insyaAllah pada entri yg lain.. semoga Allah perkenankan =)

okla,sekian wassalam...
p/s : i miss someone!