Monday, May 9, 2011

:: Kem Beliawanis 2010 (PART 3) ::

insyaAllah last part...hehe

malam terakhir : persembahan lakonan oleh peserta dan fasilitator



permintaan dari peserta..last minute pnya idea..15 mnit je bncg n practice tapi berkesan!
ukhuwah fillah membawa ke jalan dakwah!

majlis perasmian penutup kem beliawanis oleh YB Tuan Haji Hanifa(ADUN Pengkalan Pasir)
as pengerusi majlis...
ucapan dari pengarah program

YB ADUN Pengkalan Pasir

ketua kumpulan menerima cenderahati

fasilitator turut menerima cenderahati

pengarah program memberi cenderahati kpd YB tanda kenang-kenangan


LAST MOMENT WITH KEM BELIAWANIS 2010
ajk program
ajk dan fasilitator program
peserta bersama ajk program
fasi bersama kumpulan 1

fasi bersama kumpulan 2

fasi bersama kumpulan 3

fasi bersama kumpulan 4

fasi bersama kumpulan 5

we are fasilitator kem beliawanis 2010!

~tammat~
terima kasih kepada pihak penganjur...insyaAllah berjumpa lagi!
sekian,wassalam...
coretan oleh : hamba Allah yg dhoif...mengharapkan mardhatillah...

:: Kem Beliawanis 2010 (PART 2) ::

sambungan .... :)

                        lepas tu..wajib ada ceramah klau ada kem kan...
BICARA 1: USTAZ NAZRI
            (Beliawanis Membangun Bersama Islam)

rupa2nya ustaz ni sedara ngn famili..jmpa waris baru la..



then,bicara 2 oleh Ustazah Azizah
(Beliawanis Generasi Pimpinan)


slot pembentangan





slot muhasabah...



nyanyi lagu tema kem...



to be continue (part 3)...

Sunday, May 8, 2011

:: Kem Beliawanis 2010 (PART 1) ::

Assalamualaikum ...

              Alhamdulillah berakhir sudah tugasku..semalam(6/5/2011) tamat KEM BELIAWANIS 2010 ...semua org ty,kenapa 2010?hehe...masa handle taklimat program,sebut la 2010..fasilitator&peserta semua bising..ckp pngerusi mjlis silap..hanya pngerusi mjlis&pengarah program je tau hal ni...p.mjlis pn bgtau la kt semua...mmg 2010 sebab peruntukkan utk thun 2010..ditunda tahun ni sbb takwim thun lps penuh..so utk thun 2011,akan ada plak sblm puasa@lepas puasa...

Pengarah program&pengerusi majlis@ketua fasi
(taklimat program)
Peserta utk kem tahun ni seramai 27 org je...pd awalnya 30 tapi last minute ada yg tarik diri...biase la tu,klau buat program mesti ada yg mcm tu...then dicampur dgn fasilitator seramai 6 orang sebagai peserta gk...2 in 1 la...hehe...ditambah pula AJK program 6 org dan muslimin 2 orang sebagai penjaga keselamatan kaum hawa

Pada malam pertama lepas kita orang solat maghrib berjemaah,kita juga turut adakan solat hajat..meminta pertolongan daripada Allah s.w.t agar program kali ini berjalan lancar hingga akhirnya..

masa solat asar.gambar solat maghrib dan solat hajat tak de
Malam tu(4/5/2011) buat aktiviti ice breaking..utk peserta dan fasi kenal antara satu sama lain..utk jam pertama,buat dalam jemaah lps tu duduk dalam kumpulan yg dibahagikan..pada malam ni fasilitator afaf yg conduct...

fasilitator kem

Add caption
                
sesi ta'aruf antara ahli kumpulan
tugasan kumpulan ; dibantu oleh fasi masing2


pagi-pagi pulak kita beriadah..riadah biasa2 je...













bersambung...PART 2... :)


Tuesday, May 3, 2011

~1001 impian~

Assalamualaikum...
post kali ni entah apa2...hehe..tapi blh jgk dijadikan panduan bagi muslimah kita yg teringin mcm diriku ini,yg nak koleksi abaya@jubah...haha..impian boleh jdik realiti tau!hope u'll love it! but all the abaya i love it! ^_^

thanks to en.google ....

jatuh cinta! simple with that flower...
elegant! love!
with blue!
love much!
simple..
pilih yg ni sebab xde lg koleksi warna ni..mcm oren je kn..
wah! haha..tiba2 ter'upload'...for muslimin!
bkn impian sbb dh ada yg warna putih suci mcm ni tapi klau nk ada lg 1 pn bolehh..hehe
klau la kt rumah@dlm almariku mcm ni kan best!
haha..ingat! impian x mustahil jdik realiti,ok!
tapi sekarang dah maju...pakaian dh bermacam2..so,kena hati-hati gk memilih abaya@jubah skrg sbb ada yg kadang2 langgar syariat Islam kita..mcm yg blh membentukkan tubuh badan kita,yg kain jarang,jenis kain yg melekat kat badan...mostly,yg suka berfesyen skrg diaorg suka beli jubah yg kain jenis melekat kat badan tu...bagi WAN ANIS x sesuai utk dipakai..not image of muslimah!

but to readers,dont ask me where to buy all this abaya...hehe...
dunia kn dh maju..search je online market...punya la ramai yg jual abaya ni..kebanyakkan abaya from oversea..byk sgt..byk pilihan smpai mata ni dh berpinar2...haha...jubah malaysia pn ok je! byk koleksi yg malaysia punya...oversea ada gk!tapi i'm a simple person in dressing..sebab tu simple2 je abaya@jubah pilihan hati..citarasa masing2...

sambil2 berkempen and tolong kerajaan negeri Kelantan 'kempen menutup aurat'...100% agree!
next entry@bila2 free nanti kita upload koleksi WAN ANIS punya...hehe

Surah An-Nur ayat 31 : terjemahan ayat...
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
TUTUPLAH AURAT ANDA KERANA ITU ADALAH WAJIB!
coretan : yg mengharapkan reda Allah semata-mata...insyaAllah...
sekian,wassalam...

Monday, May 2, 2011

Pra-Perkahwinanku

aku&dia...
Assalamualaikum,semua...Salam Mahabbah...

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.
Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan?
Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.
Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.
Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"
Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.
Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.
Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi
Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?
Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?
Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.
Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.
Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.
Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah.  Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

hehe..
"Dari Allah, Kepada Allah"

coretan@edited : yg sentiasa memikirkan masa depan dan tanggungjawab sebagai hamba Allah...
sekian,wassalam...

-operasi 'mengemas' blog-

Assalamualaikum....

rindu akan blogku! setelah sekian lama x meng'update'... macam dh penuh sesawang je...nanti kita bersih2 ye sepanjang cuti ni.. sebenarnya terima kasih sangat2 kat NOR ATHIRAH JAAFAR sebab dia la diri ini teringat dan ada semangat je nk bersihkan blog ni...hehe..tq tirah! :)

erm...btw..macam kat entry lepas,i already told u about my PST...last 20th of April i'd end of my study at matriculation programme...ceh kocok botol budu dapur..hehe..grammar tau mano...
cuti pn bermula dh...smpai bln 9..huhu..cheq nk buatpa xtau ni..

tapi minggu ni sibuk sket dgn kem beliawanis..under dun pengkalan pasir ...mami jadi pengarah program...kesian ke mami je...sbb tu tolong dia..jadi fasi and buat modul...erm berjuang utk Islam demi mencari generasi pelapis yg diasuh mengikut acuan Islam iaitu Beliawanis Membangun Bersama Islam!!InsyaAllah..

perah otok jgk nk buat keluaq idea2 ni...tapi hanya inilah yg termampu dari yg dhoif ni...tak mengharapkan yg terbaik tapi hanya mengharapkan keredaan Allah semata-mata...moga dipermudahkan semuanya...fasi2 lain ada gk..akma,salihah,afaf,dayah n bibah...geng2 tu..hehe..

gambaq program dhobit wa dhobitah tu den x upload pn lg..huhu...x payah upload la deh...malas je rse...xdp org nk tgk pn...hehe..

ok la...entry ni sebagai mukadimah je...lama dh tinggal,kena bg pengerah dlu...hehe..
nanti kita post benda2 faedah sket...insyaAllah wa biiznillah...

sekian,wassalam...
coretan : yang ingin menjadi MUSLIMAH!!

Saturday, April 2, 2011

ce cter...ce cter...

assalamualaikum...

lame dh x post entri...nak kata x sempat,mungkin la kot...x sempat nk pkir nk post ape...
xtahu la..suka sangat tengok gambar oki setiana dewi ni..
cantik sgt!!penangan cter ketika cinta bertasbih la ni..
yaa..pejam celik pejam celik dh nak sampai setahun dh ak kt matrik...dan PST ku bakal berakhir...
and i'll sit the final exam..11 april...20 april end of matriculation studies...20 hb tu balik terus la...dengan barang2 yg nampaknya mcm banyak sgt...huhu
tapi sayangnya,minggu terakhir kuliahku di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS berakhir dengan secara tiba2..disebabkan oleh banjir...kolej annouce pada hari rabu(30/3/2011) bermula cuti till ahad...so,that wednesday was the last day of lecture...ak sebenarnya x mau balik kelantan,nak habiskn saat terakhir kat kmp..
but at last minute,my roomy@my besty ajak balik..so now,i'm home...hehe


balik kejap je...ahad dh nk chow cincau dh...bak kata orang,balik mintak restu dri ibu..kan nk exam dahh...

balik rumah kebetulan pulak my juniors buat program utk dhobit wa dhobitah MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS ...so,ape lagi...ak p la ngn fatin...(my friend,kawan sejak kecil..masa form5 dulu fatin sbgai timbalan dhobitah dan ak sbgai bendahari agung dhobitah..) p program tu as a  senior la...koya je! haha...
bagi ape yg patut la...huhu..nanti ak upload gmbar2 program tu ye...nk upload kt mana tu,i'm not sure..kt blog ni ke kt fb...tu x tau laa...upload pn mgkin nnti balik 20 hb...hehe

balik kali ni xde orang pn kt rumah...just mami and me..abg ali balik rumah mk mertua..
ak nk kawen jgk la mcm ni..haha..susah kot xde orang ni..dh la kereta pn xde...susah nk gerak...

ermmm...

nak buat mcm mn kan...tpi xpela petang nanti(2/4/2011) ada date!huhu

ok la,sekian...wassalam..