Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

..::Lebih Indah::..

Assalamualaikum.. semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t dan sentiasa berselawat kpd junjungan Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta :)

Alhamdulillah,hati dan jari tergerak untuk taip entri kali ni..
seperti tajuk post "lebih indah"
tidak lain lagi mesti nak bercakap tentang wanita yg menutup auratnya secara sempurna mengikut syariat Allah.. Allahuakbar!sejuk mata memandang bila tengok wanita2 memakai tudung labuh atau tudung yg menutup dada..semoga anda tergolong dlm kalangan wanita2 itu,insyaAllah amiinn :)

kempen ni dh lama buat tapi selalu dibuat utk terus mengajak muslimah
sekalian merasai nikmat memakai tudung labuh!
suatu nikmat yg x terucap ye..nak tau,kne try kerana Allah..insyaAllah


Memohon doa dari Allah supaya istiqomahkan anis dengan jalan sekarang,iaitu hidup bersama tudung labuh selamanya..insyaAllah..turut mendoakan utk sahabat2 yang lain jgk..

credited pic to : syabab musafir kasih
Beginikan lebih indah? :) pakaian produk solehah..
hanya yg benar-benar terpilih sahaja mampu menyarungnya..
so,jadikan anda antara yg terpilih!



Beginikan lebih indah.. gembira jika sahabat2 muslimah berpakaian seperti ini..
insyaAllah Allah membantu sahabat2 yg sedang bermujahadah utk berubah ke arah lebih indah ini..
Allah suka kpd org yg ingin berubah ke arah kebaikan... :)

Wassalam

p/s : banyak dugaan dan cabaran setelah memakai tudung labuh ini..anis jgk turut melalui dan alhamdulillah Allah membantu utk melaluinya..semoga istiqomah di jalan ini..insyaAllah..

JOM BERTUDUNG LABUH SAYANG!


Thursday, June 9, 2011

..Dakwah..

Assalamualaikum... Alhamdulillah diizinkan lagi oleh Allah utk hamba mencoret sedikit kata-kata di blog ni...
tadi tengah seacrh gambar 'dakwah' terjumpa satu blog ni..dan entri yg baca berkait dgn dakwah..
sangat terkesan di  hati bila baca entri tu...dan rasa nk share dgn semua org..entrinya bertajuk
'DAKWAH BUKAN UNTUK ORANG MANJA DAN MALAS!!'

Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya

Murabbiku Berpesan... antum jadilah daie yang seperti ini... (gambar dibawah)
.....dan ikhwahku berkata bahawa dakwah ini tiada HENTI!!!! perlu diteruskan dan dilaksanakan...

....Pesanan ini ana ambil dari Seorang Murabbi yang banyak travellnya untuk kita jadikan nasihat bersama dalam mengharungi cabaran dakwah Kita yang semakin membesar dan penuh dugaan dan ujian ini.. moga kita semakin tsabat dan Ikhlas dalam amal Dakwah...
Diambil dari Akh Kalam Kalbu dan diadaptasi dari Ustaz MUNTALAQ
Copy and paste from Halaqah Borneo... Harap jangan baca shja,insyaAllah kita sama-sama FAHAM DAN BERDAKWAH!

Sekian,wassalam...
hamba Allah yg sentiasa mengharapkan redaNya...