Wednesday, June 15, 2011

~muhasabah diri~

Assalamualaikum....
Syukur,Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam nyawa untuk terus berjuang di muka bumi Allah....

Allahuakbar! (ni sekadar perkongsian..tidak ada niat lain.. :) )

Masa nak solat Maghrib tadi,hanya Dia yg tahu...betapa sebaknya hati ni...nak nangis..
Sebabnya,petang tadi borak dgn kakakku terchenta...
bercerita tentang misi hidupku yg satu tu la...(insyaAllah aku sedang melaksanakn misi tu ; moga istiqomah)

Muhasabah sekejap..betul ke jalan yg ku ambik ni??
sebab kadang2 x percaya...tapi kakakku kata," kamu yg dipilih oleh Allah..bersyukurlah"
kakak kata,bersyukurlah kamu tidak menjadi seperti yg lain2..

Ku terasa sangat hina,kerdil di sisi Allah ta'ala...
Dosa yg lalu......layakkah aku menerima risikan misi ini??
sangat2 bimbang jika orang sekeliling mengata...
tapi bak kata mamiku "orang blh mengata sbb x kena bayar,guna mulut je"


Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kpd hambaMu ini....
untuk aku terus istiqomah dlm misi ini....
aku bersyukur menjadi hamba yg dipilih olehMu...
insyaAllah,akanku gunakannya sebaik mungkin...
Amiinnn... :)

ape ni??hehe...tunggang-langgang coretan ni...
xpela...dh namanya blog tak seberapa...
misi apa tu??insyaAllah akan ku bongkarkan misi itu sedikit masa lagi... :)
ini sekadar coretan....

sekian,wassalam....
hamba Allah yg mengejar MARDHATILLAH...

Thursday, June 9, 2011

..Dakwah..

Assalamualaikum... Alhamdulillah diizinkan lagi oleh Allah utk hamba mencoret sedikit kata-kata di blog ni...
tadi tengah seacrh gambar 'dakwah' terjumpa satu blog ni..dan entri yg baca berkait dgn dakwah..
sangat terkesan di  hati bila baca entri tu...dan rasa nk share dgn semua org..entrinya bertajuk
'DAKWAH BUKAN UNTUK ORANG MANJA DAN MALAS!!'

Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa kita, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup kita seperti biasa. Dakwah tak memerlukan kita. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran kita.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya

Murabbiku Berpesan... antum jadilah daie yang seperti ini... (gambar dibawah)
.....dan ikhwahku berkata bahawa dakwah ini tiada HENTI!!!! perlu diteruskan dan dilaksanakan...

....Pesanan ini ana ambil dari Seorang Murabbi yang banyak travellnya untuk kita jadikan nasihat bersama dalam mengharungi cabaran dakwah Kita yang semakin membesar dan penuh dugaan dan ujian ini.. moga kita semakin tsabat dan Ikhlas dalam amal Dakwah...
Diambil dari Akh Kalam Kalbu dan diadaptasi dari Ustaz MUNTALAQ
Copy and paste from Halaqah Borneo... Harap jangan baca shja,insyaAllah kita sama-sama FAHAM DAN BERDAKWAH!

Sekian,wassalam...
hamba Allah yg sentiasa mengharapkan redaNya...

Tuesday, June 7, 2011

WANITA DAN NIQAB

Assalamualaikum.. entri paling hamba suka ^_^.. bak kata sahabat sharing is caring...
selamat membaca ...

Sebenarnya tidaklah diwajibkan ke atas kaum hawa itu untuk memakai niqab. Ini adalah berdasarkan beberapa pendapat para jumhur ulama. Dalil-dalil yang mengatakan ia wajib merupakan dalil-dalail yang sangat-sangat lemah. Namun begitu seandainya seorang wanita itu berpegang bahawa wajah itu adalah sebahagian daripada aurat maka menjadi wajiblah ke atasnya untuk menutup wajahnya. Hal ini disebabkan kita berpegang kepada apa yang kita yakini dan kita tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah. Maka dengan itu terpulang la kepada wanita tersebut sama ada dia memilih untuk memakai niqab atau pun tidak. Secara peribadi ana memang suka melihat kaum hawa yang memakai purdah nampak cantik je.

Antara pendapat ulama :
Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam kitabnya المجموع Al-Majmu’ katanya: “Sesungguhnya aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” (al-Nawawi, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 3, 169, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)
Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

-Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:
1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya..
Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.
Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.
Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?
Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan.

insyaAllah melakukan perkara baik,Allah akan tolong... :)
sekian,wassalam..
hamba Allah yg sentiasa ingin mensolehahkan diri kerana Allah jua...

niqob ayat-ayat cinta...

Friday, June 3, 2011

:: Menantinya ::

Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah..boleh lagi diri ini menaip di blog yg tak seberapa ni.. Hamba Allah ini sedang menantikan sesuatu yg sudah lama diidamkan.. InsyaAllah minggu depan sampai la..dan mempersiapkan diri dengan kekuatan dalaman utk gunakannya... *sahabat semua,doakan diri ini agar diberi kekuatan diri umtuk mengharungi kehidupan yg bakal berubah dlm sedikit masa lagi..insyaAllah.. :) syukran ...

insyaAllah bila semuanya dah ada dan siap,hamba akan coretkan disini...
sekian,wassalam...
coretan : hamba Allah yg sentiasa mengharapkan keberkatan dari Al-Kholid...

Saturday, May 28, 2011

.:: Sudah Dirisik ::.


Assalamualaikum ^_^ ...

Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah..masih diberi kesempatan untuk tinta diri ini terus menaip dan membuat coretan di blog ni...selawat kepada junjungan mulia dan kekasih yg sangat dicintai Nabi Muhammad s.a.w...buat sahabat tabi'in juga...

entri kali ni ana sudah dirisik...hehe..oleh siapa??
oleh pembuat2 niqob@purdah...huhu..

ini pilihan yg pertama : oleh Hadiqah Az-Zahra

                     

suka warna hijau ^_^


pilihan yang kedua : oleh Butik Raudhah

pilihan warna


pilihan ketiga :oleh Butik Ammara Maisarah




ya! inilah yg dirisik hatiku..huhu..sharing is caring(for muslimah only)
kepada sape2 berminat nak jugak,boleh klik nama2 pemilik diatas tu ; ana dh di 'link' kan..
shopping online!

ok,sekian... Wassalam...
- always try to be a good person in all way -
- ..love Allah s.w.t & Muhammad s.a.w.. -

Tuesday, May 24, 2011

~mungkin masa sudah tiba~

Assalamualaikum...

masanya sudah tiba ke?setelah sekian lama ku mencari kekuatan dalam diri ini?
sudah 2 kali ku bermimpi..adakah tanda dari Allah bahawa diriku sudah bersedia...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...Jika ini petunjukMu dan Engkau meredai apa yang akan ku lakukan ini,
maka tetapkan lah dan janganlah Kau bolak balikkan hati hambaMu ini...insyaAllah,aminn...


Semoga diberkati dan dilindungi Allah s.w.t

Thursday, May 12, 2011

.tak semanis yang disangka.

la tahzan innallaha ma'na

Assalamualaikum...

Andai perjuangan itu manis pasti ramai yang akan bersama...
Tapi perjuangan tak lengkap tanpa ujian dari Allah s.w.t...

Berjuanglah...berjuanglah...berjuanglah...
Hanya insan yg lemah lagi dhoif...
Hanya hamba Allah yg ingin meneruskan kerja-kerja dakwah...
Meneruskan perjuangan kekasih hati Nabi Muhammad s.a.w...
Meneruskan perjuangan arwah Abah yg tak sempat diteruskan...

Niat seikhlas hati...murni...tanpa ada sedikit pun perasaan lain...
Hanya meneruskan hasrat hati seorang Bonda...
Tapi kadang-kadang mungkin disalah ertikan...
Ya! Mungkin salah insan ini...
Memohon maaf yg sememangnya insan ini terdapat banyak kelemahan dan kekurangan...

Mungkin insan ni sudah dilabelkan bukan seorang yg baik...
menjadi pelik bila hal sebegini berlaku...terima kasih semua...
Mungkin insan ni tersalah medan dakwah...masih ada medan dakwah yg masih boleh
menerima insan yg lemah ni...yg sentiasa mengharapkan mardhatillah semata-mata...
Kalian teruskan medan dakwah itu...medan dakwah itu mengajar insan ini...
insyaAllah berjumpa di medan dakwah lain,diluar medan dakwah itu...
terima kasih kalian! ukhuwah fillah abadan abada...

Terima kasih buat sahabat yg mengerti...
hanya kamu yg memahami...classmate,roomate terbaik!
our trademark 'ukhuwah fillah membawa ke jalan dakwah!'...
uhibbuki fillah :'(

sahabat dunia akhiratku!