Sunday, July 8, 2012

Umrahku & Ziarah 2012

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua...semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah :)
Selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah wa syukurillah..
Tiada lagi yang mampu diucapkan setelah segalanye selesai dan selamat kembali dari Tanah Haram suci Madinah al-Munawarrah dan Mekah al-Mukarramah.. Allah!tak dapat nak gambarkan perasaan sebagai hamba Allah yg hina ini.. Dalam usia yg begitu muda(ramai org dk ckp cam ni..) sgt beruntung dan bertuah kerana dipilih utk menjadi dhuyufu rahman (tetamu Allah) di tanah yg sgt diberkatiNya.. insyaAllah,entri kali ni anis nk coretkan sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah selama 2 minggu disana bersama beberapa gambar yg sempat dirakam..

Pada 22 Jun 2012 :

10.00 pagi (waktu malaysia) : Kapal terbang MAS berlepas ke Madinah al-Munawarrah.penerbangan mengambil masa selama 8jam.first time perjalanan jauh ke negara luar.ketika dlm penerbangan,agak mewah dijamu makan.hehe.makan,tdo je keje.

antara makanan yg dibagi..aiskrim magnum pn dpt :D

01.00 tengah hari (waktu Arab Saudi) : Alhamdulillah selamat sampai di Tanah Haram Madinah al-Munawarrah.masa cop passport kt kaunter imigresen,dh kne kacau ngn pak arab.adoii.hehe.
keluar dari airport,terus terasa bahang kepanasan ni Madinah.mgkin cuaca pada tgh hari tu mencecah 40+ celcius.

turun dari kapal terbang,terus naik bas ni..hntr ke tmpt arrival(mcm lrt pn ye jgkkn)



Alhamdulilllah terus dibawa oleh mutawwif ke hotel(hotel fayrooz,berhadapan madinah hilton) utk check in.Sampai di hotel hmpir kul3.30 ptg..lmbt di airport,uruskan beg2..waktu sampai di hotel,jemaah yg sudah ada sudah turun nk ke masjid utk solat asar sekitar jam 3.45 ptg..

23 Jun 2012 :

Pada pagi tu jemaah kami dibawa untuk melawat dalam kawasan Masjid Nabawi iaitu ke Makam Nabi Muhammad s.a.w dan Raudhah.Ya Allah!ramai sungguh orang pada hari tu..masa untuk muslimat masuk ke bahagian raudhah dan makam ialah selepas subuh dan selepas solat zohor setiap hari.bagi muslimin plak bila2 je boleh pegi kt situ..solat waktu pn boleh je kat situ..beruntungnya mereka kn..

sabda Baginda s.a.w,sesungguhnya ruang antara rumahku dan mimbarku,
yakni raudhah,adalah salah 1 drpd taman-taman syurga.pic credit to Nik Omar Iqbal

24 Jun 2012 :

kami semua dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi tempat2 bersejarah sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba',Masjid Tujuh,Masjid Qiblataian,Makam Syuhada Uhud atau Bukit Uhud dan terakhir sekali ke Pasar Kurma.

 Masjid Quba' : masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

di hadapan Makam Syuhada Uhud : dari kiri we,mok su yah,mami,mok su & alia
sebak masa ustaz husni cerita tentang para syuhada ni..
akhir sekali ke Pasar Kurma.paling best kt sana ikut suka je nk makan & try kurma dan coklat byk mana pn..anis,alia & iq mmg byk la makan..hehe.. kurma ajwa(kurma Nabi)cukup 7 bijik makan free.. :D

24 Jun - 3 Julai 2012 :

Hari terakhir di Madinah dan akan bergerak ke Mekah al-Mukarramah lepas solat zohor.Buat ziarah wida' kpd Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga dijemput lagi ke Masjid Nabi itu...

payung automatik di luar masjid :)
Dalam perjalanan,kami bermiqat di Bir Ali untuk niat umrah buat kali pertama.mula dari situ kami kena jaga pantang larang selama dalam ihram.mengambil selama 6 jam lebih dari Madinah ke Kota Mekah.kami sampai sekitar jam 8.30 malam di sana dan terus check in di Hotel Nebras Al-Sultan.Kul10 malam kami berkumpul di lobi utk mutawwif bawa ke Masjidil Haram sekaligus menyempurnakan umrah pertama.

Masjidil Haram
Jabal Abi Kubais : tempat Nabi Ibrahim pertama kali melaungkan talbiah
 utk menyeru ummatnya untuk dtg ke Kaabah.Sekarang disitu merupakan istana raja Arab Saudi.
Dibawahnya ada bangunan putih : merupakan rumah Nabi Muhammad s.a.w
dan sekarang menjadi Maktabah a.k.a library

Lebih kurang seminggu di Tanah Haram suci Mekah al-Mukarramah banyak pengalaman yg dapat dikutip.anis sempat melakukan ibadah umrah sebanyak 4 kali.umrah kali kedua diniatkan untuk arwah Abah dan ketiga untuk arwah mak saudara(mek).moga2 segala ibadat yg dilakukan diterima Allah s.w.t.Sedikit gambar yg sempat dirakam ketika dibawa ziarah di sekitar Kota Mekah.

27 Jun 2012 : Jabal Nur : tempat persinggahan Nabi Muhammad
Jabal Rahmah : tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
doa mustajab utk jodoh kt sini..hehe

selesai berdoa & bergambar di Jabal Rahmah,sempat beli aiskrim pak Arab.
5 riyal satu,mahal tapi berbaloi la jgk.sedapp!!
Melawat di sekitar tempat org melakukan ibadah haji :
 Bangunan bertingkat itu tempat melontar
khemah putih tempat jemaah haji tinggal
tak boleh masuk dekat sebab ditutup,hanya dibuka pd musim haji shja

30 Jun 2012 : dibawa ke Hudaibiyah ; kawasannye masih padang pasir
ke ladang unta ; boleh beli n minum susu unta :)
penjual susu unta ; tgh masukkn dalam botol
1 botol 5 riyal ; x bau hamis pn susu unta,rase mcm santan..huhu
buih susu unta ; ustaz husni iaitu mutawwif ckp
 ia baik utk lembutkan kulit muka

so,tok sedara anis yg mulakan dlu..hehe.
lps tu semua org sapu kt muka..including me! :D
next : ke muzium Mekah

plan terbaru utk pembangunan Masjidil Haram

pemegang hajarul aswad

pintu Kaabah yg lama

tiang di dalam Kaabah

mami dihadapan telaga zam2 yg dulu ; sekarang telaga zam2 telah ditutup.
yg asalnya berada di depan pintu Kaabah

Sekitar Masjidil Haram :


di dalam masjid : muslimat zone


pintu masjid : Babul Fatah

tempat saie : Bukit Marwah menuju ke Bukit Safa

dalam masjid : tempat solat & turun ke Baitillah

tong air zam2 : sejuk je minum kt situ,sbb ada yg sejuk & x sejuk

bahagian dalam masjid

burung yg sentiasa menemani perjalananku ke masjid
geram tengok burung ni,gemuk2 semua.makan free byk ni.hehe

dari Marwah ke Safa

exc : di Bukit Marwah setelah selesai tahlul

sekitar dalam Masjidil Haram

Alhamdulillah sepanjang berada di Tanah Haram selama 2 minggu,Allah memberikan kesihatan yg cukup baik utk beribadah kpdNya walaupon suhu di sana sgt panas,hari kedua sebelum balik mencecah ke 44 darjah celcius.pada 2 Julai 2012,sehari sebelom balik anis dpt masuk solat hajat dlm Hijir Ismail.Subhanallah!Syukur kpd Mu Ya Allah.setelah tu pegi pegang Kaabah kejap.Dan Alhamdulillah jgk mami & anis sempat khatam Al-Quran di Mekah,walaupun separuh dah dibaca di Malaysia lagi.Mami belanja kami sekeluarga makan nasi Arab pada malam terakhir berada di Tanah Haram.

nasi Arab original : made in Mekah
3 Julai 2012 :

pada pagi tu,kami selesaikan tawaf wida'..selepas itu bertolak ke Airport Jeddah utk penerbangan balik ke Malaysia.sebelom ke airport,singgah di Masjid Terapung(hanya org Asia yg pggil mcm tu sbb nk sama dgn masjid terapung di Terengganu) utk solat jamak zohor dan asar & makan tengah hari di tepi Laut Merah

Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Rahmah

Laut Merah : pemisah antara Mesir dan Arab Saudi
Flight Jeddah ke Kuala Lumpur pd kul 9 malam dan alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada kul11.30 pagi waktu Malaysia(4 Julai 2012),waktu Mekah lebih kurang 6.30 pagi.flight delay sejam lebih sebab cuaca di KL hujan dan berangin pd masa tu.

Assalamualaikum Malaysia! :)
Gembira dalam sedih.Gembira sebab nak balik jumpa keluarga&sahabat2 yg ditinggal tetapi rasa sedih sungguh kuat utk tinggalkan Tanah Haram.entah bila Allah akan mengangkatku lagi sebagai dhuyufu rahman.Tiada kata lain yg dapatku ucap selain berdoa dan terus berdoa kpd Dia agar ak dipilih lagi sebagai tetamuNya.Allahuakbar!

ak rindu Baitillah,rindu Masjidil Haram,rindu Masjid Nabawi,
rindu Raudhah,rindu Rasulullah
Setakat ini sahajalah coretan perjalananku ke Tanah Haram.Semoga dgn entri ini akan membawa suatu perubahan atau titik permulaan yg baru dalam diri kita semua.insyaAllah amiinn.. :'(
Wassalam

p/s : 
*1 Julai merupakan tarikh ulang tahun buat arwah Abah yg tersayang,ketika tu anis masih di Mekah..
*entri ni ambik masa 2 3 hari nk siap..sbb kesihatan diri tak mengizinkan..perubahan cuaca kot..huhu..apa2 pon alhamdulillah :)
* terima kaseh dan syukron kpd semua yg mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami sekeluarga..nak minum air zam2 & makan kurma dtg la umah :D


4 comments:

  1. :) bestnya anis ... ana x thu la jd ke dp pg thun ni umrah ... mnx2 lah blh g thun ni ...

    ReplyDelete
  2. bez nyer anis jd tetamuNYA...harap2 ada rezeki pergi kesana...

    ReplyDelete
  3. waahh..seronoknya~
    safirah follow anis :)

    ReplyDelete