Showing posts with label Allah taala. Show all posts
Showing posts with label Allah taala. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Umrahku & Ziarah 2012

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua...semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah :)
Selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah wa syukurillah..
Tiada lagi yang mampu diucapkan setelah segalanye selesai dan selamat kembali dari Tanah Haram suci Madinah al-Munawarrah dan Mekah al-Mukarramah.. Allah!tak dapat nak gambarkan perasaan sebagai hamba Allah yg hina ini.. Dalam usia yg begitu muda(ramai org dk ckp cam ni..) sgt beruntung dan bertuah kerana dipilih utk menjadi dhuyufu rahman (tetamu Allah) di tanah yg sgt diberkatiNya.. insyaAllah,entri kali ni anis nk coretkan sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah selama 2 minggu disana bersama beberapa gambar yg sempat dirakam..

Pada 22 Jun 2012 :

10.00 pagi (waktu malaysia) : Kapal terbang MAS berlepas ke Madinah al-Munawarrah.penerbangan mengambil masa selama 8jam.first time perjalanan jauh ke negara luar.ketika dlm penerbangan,agak mewah dijamu makan.hehe.makan,tdo je keje.

antara makanan yg dibagi..aiskrim magnum pn dpt :D

01.00 tengah hari (waktu Arab Saudi) : Alhamdulillah selamat sampai di Tanah Haram Madinah al-Munawarrah.masa cop passport kt kaunter imigresen,dh kne kacau ngn pak arab.adoii.hehe.
keluar dari airport,terus terasa bahang kepanasan ni Madinah.mgkin cuaca pada tgh hari tu mencecah 40+ celcius.

turun dari kapal terbang,terus naik bas ni..hntr ke tmpt arrival(mcm lrt pn ye jgkkn)



Alhamdulilllah terus dibawa oleh mutawwif ke hotel(hotel fayrooz,berhadapan madinah hilton) utk check in.Sampai di hotel hmpir kul3.30 ptg..lmbt di airport,uruskan beg2..waktu sampai di hotel,jemaah yg sudah ada sudah turun nk ke masjid utk solat asar sekitar jam 3.45 ptg..

23 Jun 2012 :

Pada pagi tu jemaah kami dibawa untuk melawat dalam kawasan Masjid Nabawi iaitu ke Makam Nabi Muhammad s.a.w dan Raudhah.Ya Allah!ramai sungguh orang pada hari tu..masa untuk muslimat masuk ke bahagian raudhah dan makam ialah selepas subuh dan selepas solat zohor setiap hari.bagi muslimin plak bila2 je boleh pegi kt situ..solat waktu pn boleh je kat situ..beruntungnya mereka kn..

sabda Baginda s.a.w,sesungguhnya ruang antara rumahku dan mimbarku,
yakni raudhah,adalah salah 1 drpd taman-taman syurga.pic credit to Nik Omar Iqbal

24 Jun 2012 :

kami semua dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi tempat2 bersejarah sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba',Masjid Tujuh,Masjid Qiblataian,Makam Syuhada Uhud atau Bukit Uhud dan terakhir sekali ke Pasar Kurma.

 Masjid Quba' : masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

di hadapan Makam Syuhada Uhud : dari kiri we,mok su yah,mami,mok su & alia
sebak masa ustaz husni cerita tentang para syuhada ni..
akhir sekali ke Pasar Kurma.paling best kt sana ikut suka je nk makan & try kurma dan coklat byk mana pn..anis,alia & iq mmg byk la makan..hehe.. kurma ajwa(kurma Nabi)cukup 7 bijik makan free.. :D

24 Jun - 3 Julai 2012 :

Hari terakhir di Madinah dan akan bergerak ke Mekah al-Mukarramah lepas solat zohor.Buat ziarah wida' kpd Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga dijemput lagi ke Masjid Nabi itu...

payung automatik di luar masjid :)
Dalam perjalanan,kami bermiqat di Bir Ali untuk niat umrah buat kali pertama.mula dari situ kami kena jaga pantang larang selama dalam ihram.mengambil selama 6 jam lebih dari Madinah ke Kota Mekah.kami sampai sekitar jam 8.30 malam di sana dan terus check in di Hotel Nebras Al-Sultan.Kul10 malam kami berkumpul di lobi utk mutawwif bawa ke Masjidil Haram sekaligus menyempurnakan umrah pertama.

Masjidil Haram
Jabal Abi Kubais : tempat Nabi Ibrahim pertama kali melaungkan talbiah
 utk menyeru ummatnya untuk dtg ke Kaabah.Sekarang disitu merupakan istana raja Arab Saudi.
Dibawahnya ada bangunan putih : merupakan rumah Nabi Muhammad s.a.w
dan sekarang menjadi Maktabah a.k.a library

Lebih kurang seminggu di Tanah Haram suci Mekah al-Mukarramah banyak pengalaman yg dapat dikutip.anis sempat melakukan ibadah umrah sebanyak 4 kali.umrah kali kedua diniatkan untuk arwah Abah dan ketiga untuk arwah mak saudara(mek).moga2 segala ibadat yg dilakukan diterima Allah s.w.t.Sedikit gambar yg sempat dirakam ketika dibawa ziarah di sekitar Kota Mekah.

27 Jun 2012 : Jabal Nur : tempat persinggahan Nabi Muhammad
Jabal Rahmah : tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
doa mustajab utk jodoh kt sini..hehe

selesai berdoa & bergambar di Jabal Rahmah,sempat beli aiskrim pak Arab.
5 riyal satu,mahal tapi berbaloi la jgk.sedapp!!
Melawat di sekitar tempat org melakukan ibadah haji :
 Bangunan bertingkat itu tempat melontar
khemah putih tempat jemaah haji tinggal
tak boleh masuk dekat sebab ditutup,hanya dibuka pd musim haji shja

30 Jun 2012 : dibawa ke Hudaibiyah ; kawasannye masih padang pasir
ke ladang unta ; boleh beli n minum susu unta :)
penjual susu unta ; tgh masukkn dalam botol
1 botol 5 riyal ; x bau hamis pn susu unta,rase mcm santan..huhu
buih susu unta ; ustaz husni iaitu mutawwif ckp
 ia baik utk lembutkan kulit muka

so,tok sedara anis yg mulakan dlu..hehe.
lps tu semua org sapu kt muka..including me! :D
next : ke muzium Mekah

plan terbaru utk pembangunan Masjidil Haram

pemegang hajarul aswad

pintu Kaabah yg lama

tiang di dalam Kaabah

mami dihadapan telaga zam2 yg dulu ; sekarang telaga zam2 telah ditutup.
yg asalnya berada di depan pintu Kaabah

Sekitar Masjidil Haram :


di dalam masjid : muslimat zone


pintu masjid : Babul Fatah

tempat saie : Bukit Marwah menuju ke Bukit Safa

dalam masjid : tempat solat & turun ke Baitillah

tong air zam2 : sejuk je minum kt situ,sbb ada yg sejuk & x sejuk

bahagian dalam masjid

burung yg sentiasa menemani perjalananku ke masjid
geram tengok burung ni,gemuk2 semua.makan free byk ni.hehe

dari Marwah ke Safa

exc : di Bukit Marwah setelah selesai tahlul

sekitar dalam Masjidil Haram

Alhamdulillah sepanjang berada di Tanah Haram selama 2 minggu,Allah memberikan kesihatan yg cukup baik utk beribadah kpdNya walaupon suhu di sana sgt panas,hari kedua sebelum balik mencecah ke 44 darjah celcius.pada 2 Julai 2012,sehari sebelom balik anis dpt masuk solat hajat dlm Hijir Ismail.Subhanallah!Syukur kpd Mu Ya Allah.setelah tu pegi pegang Kaabah kejap.Dan Alhamdulillah jgk mami & anis sempat khatam Al-Quran di Mekah,walaupun separuh dah dibaca di Malaysia lagi.Mami belanja kami sekeluarga makan nasi Arab pada malam terakhir berada di Tanah Haram.

nasi Arab original : made in Mekah
3 Julai 2012 :

pada pagi tu,kami selesaikan tawaf wida'..selepas itu bertolak ke Airport Jeddah utk penerbangan balik ke Malaysia.sebelom ke airport,singgah di Masjid Terapung(hanya org Asia yg pggil mcm tu sbb nk sama dgn masjid terapung di Terengganu) utk solat jamak zohor dan asar & makan tengah hari di tepi Laut Merah

Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Rahmah

Laut Merah : pemisah antara Mesir dan Arab Saudi
Flight Jeddah ke Kuala Lumpur pd kul 9 malam dan alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada kul11.30 pagi waktu Malaysia(4 Julai 2012),waktu Mekah lebih kurang 6.30 pagi.flight delay sejam lebih sebab cuaca di KL hujan dan berangin pd masa tu.

Assalamualaikum Malaysia! :)
Gembira dalam sedih.Gembira sebab nak balik jumpa keluarga&sahabat2 yg ditinggal tetapi rasa sedih sungguh kuat utk tinggalkan Tanah Haram.entah bila Allah akan mengangkatku lagi sebagai dhuyufu rahman.Tiada kata lain yg dapatku ucap selain berdoa dan terus berdoa kpd Dia agar ak dipilih lagi sebagai tetamuNya.Allahuakbar!

ak rindu Baitillah,rindu Masjidil Haram,rindu Masjid Nabawi,
rindu Raudhah,rindu Rasulullah
Setakat ini sahajalah coretan perjalananku ke Tanah Haram.Semoga dgn entri ini akan membawa suatu perubahan atau titik permulaan yg baru dalam diri kita semua.insyaAllah amiinn.. :'(
Wassalam

p/s : 
*1 Julai merupakan tarikh ulang tahun buat arwah Abah yg tersayang,ketika tu anis masih di Mekah..
*entri ni ambik masa 2 3 hari nk siap..sbb kesihatan diri tak mengizinkan..perubahan cuaca kot..huhu..apa2 pon alhamdulillah :)
* terima kaseh dan syukron kpd semua yg mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami sekeluarga..nak minum air zam2 & makan kurma dtg la umah :D


Monday, February 6, 2012

~ PUISI CINTA ILAHI ~

Assalamualaikum...

saat hati tersentuh tatkala mendengar senikata ini..
rendahnya aku berada disisi Mu,ya Allah..
sedarkanlah jika aku lalai dari landasan perjuanganMu..
aku ingin terus thabat dalam perjalanan menuju yang hakiki!!

bisik angin menyapa hati
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu
rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

Ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah


song : Puisi Ilahi



the one and only =)

Friday, January 20, 2012

Doa Rabitah Hati

Bismillahirahmanirrahim..
YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

Bersatu memikul beban dakwah-Mu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
 
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,

Akan jalan-Nya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,

Yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,

Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Amin Ya rabbal 'alamin..

Wednesday, August 24, 2011

La Tahzan!

Assalamualaikum...(24 Ramadhan 1432h)

Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih menyayangiku! Allahuakbar! Allag bagi ujian tandanya Dia kaseh terhadap hamba-hambaNya..Selawat untuk junjungan yg mulia Nabi Muhammad s.a.w,keluarga serta sahabat baginda..

Maaf jika penulisan kali ini (sebelum ini pun) tak tersusun...tidak pandai untuk menulis..blog ini sekadar diari luahan hatiku..bila hatiku ingin berbicara disinilah tempat yg dituju...

Di penghujung Ramadhan ini,hati sedikit terusik dgn ujian hati dan jiwa..mungkin sekadar ujian persinggahan yg Allah bagi untuk menunjukkan kaseh sayangnya yang tak terhingga..Kaseh sayang Allah tak terkira luasnya untuk hambaNya..cuma kita shja yg tidak menyedari akan itu!


La Tahzan! Innallaha ma'na... Jangan bersedih..Allah bersama-sama kita...itu selalu yg hamba pesan kpd org yg bersedih.. Bila ujian itu datang kpdku,rasa tidak kuat utk mengharunginya.. Ya Allah,kuatkan dan tabahkan hatiku!



tiada ape lagi yg inginku coretkan kali ini..
dikesempatan ini ku ingin mengucapkan Salam Eid Fitri 1432h untuk semua kaum keluarga,saudara mara,sahabat handai (pasti an-nur,SK SIT 3,MMPM,KMP,UniSZA,facebookers dan blogger) dan muslimin muslimat ... Maaf dipinta untuk sepanjang perkenalan ini... :')
sekian,Wassalam..

p/s :
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..
Atas kaseh sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasehNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
~WAN ANIS~

Wednesday, June 15, 2011

~muhasabah diri~

Assalamualaikum....
Syukur,Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam nyawa untuk terus berjuang di muka bumi Allah....

Allahuakbar! (ni sekadar perkongsian..tidak ada niat lain.. :) )

Masa nak solat Maghrib tadi,hanya Dia yg tahu...betapa sebaknya hati ni...nak nangis..
Sebabnya,petang tadi borak dgn kakakku terchenta...
bercerita tentang misi hidupku yg satu tu la...(insyaAllah aku sedang melaksanakn misi tu ; moga istiqomah)

Muhasabah sekejap..betul ke jalan yg ku ambik ni??
sebab kadang2 x percaya...tapi kakakku kata," kamu yg dipilih oleh Allah..bersyukurlah"
kakak kata,bersyukurlah kamu tidak menjadi seperti yg lain2..

Ku terasa sangat hina,kerdil di sisi Allah ta'ala...
Dosa yg lalu......layakkah aku menerima risikan misi ini??
sangat2 bimbang jika orang sekeliling mengata...
tapi bak kata mamiku "orang blh mengata sbb x kena bayar,guna mulut je"


Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kpd hambaMu ini....
untuk aku terus istiqomah dlm misi ini....
aku bersyukur menjadi hamba yg dipilih olehMu...
insyaAllah,akanku gunakannya sebaik mungkin...
Amiinnn... :)

ape ni??hehe...tunggang-langgang coretan ni...
xpela...dh namanya blog tak seberapa...
misi apa tu??insyaAllah akan ku bongkarkan misi itu sedikit masa lagi... :)
ini sekadar coretan....

sekian,wassalam....
hamba Allah yg mengejar MARDHATILLAH...

Thursday, February 24, 2011

Ujian Allah..Allahuakbar!

                  Assalamualaikum...

                      
Selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
                                    Hari ini(24 feb 2011) sudah masuk hari ke-10 diri ini berada di rumah..Sakit yang berterusan..diuji oleh Allah dengan sakit yang tidak nampak pada zahirnya..Hanya sesetengah orang saje yang memahami akan penyakit sebegini..Kata orang; "Sabar nis..Allah sayang akan kamu sebab tu kamu diuji sebegini..Allah x kan bagi ujian yang hambanya tidak mampu menanggung"...
                                  
Aku reda jika ini tanda kasih sayang Allah kepadaku..Ya Allah berikanlah kekuatan hati,kekuatan dalaman dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian Mu ini..insyaAllah,amin..

                      Allah berjanji bahawa setiap penyakit yang diturunkan pasti ada penawarnya!aku yakin dengan itu..tapi mungkin Allah tidak mahu memberikan kesembuhan lagi buat diriku..Allah mungkin mahu ANIS belajar bersabar dan reda lagi dengan ketentuan Allah ini...

                      Selama sepuluh hari berada di rumah,sudah 7 kali berubat dengan ustaz-ustaz..dan 3 kali ke hospital..termasuk hospital di kangar dan kota bharu..doktor mengesahkan tiada apa-apa penyakit berdasarkan blood test result,ecg dan urine test..sehingga ke hari ini diri yang lemah lagi dhoif ni belum sembuh sepenuhnya..

                     Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaaanku bimbang akan pengajian yang sudah tertangguh selama seminggu ni..bimbang akan lecturer2 yang tidak memahami sakit sebegini..pihak kolej sudah dimaklumkan oleh ibuku..mereka macam faham apa yang aku sedang lalui..sebab mereka yang sentiasa ada disisiku setiap kali aku sakit di kolej..terima kasih..jasamu x kan ku lupakan!

                    perasaan kesian akan ibuku(mami) yang sentiasa bimbang akan kesihatanku..setiap hari memikirkan keadaanku..apakan dayaku..aku melalui hari-hari kesakitanku bersama ibu dan abang..ibuku pun x berapa sihat jgk...rindu arwah Abah...(Al Fatihah)

                  terakhir sekali,rindu buat sahabat-sahabatku..5ak09,mmpm,dan di kolej..rindukan perjuangan ISLAM!!uhibbukum fillah...

kepada semua..ku memohon..doakanlah sedikit buatku..doakan agar diri ini sembuh dan dapat meneruskan kembali perjuangan di bumi Allah ini..
syukran jazilan..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas doa2 kalian..

sekian,wassalam...
          luahan hati...
         
mujahidah Allah..wan anis...

Wednesday, February 23, 2011

Hikmah disebalik kesakitan

Assalamualaikum..
H
idup ini tidak lepas dari cobaan dan ujian, bahkan cobaan dan ujian merupakan sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan perkara yang tidak disukainya atau bisa pula pada perkara yang menyenangkannya. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Al Anbiyaa’: 35). Sahabat Ibnu ‘Abbas -yang diberi keluasan ilmu dalam tafsir Al Qur’an- menafsirkan ayat ini: “Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesehatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan”. (Tafsir Ibnu Jarir). Dari ayat ini, kita tahu bahwa berbagai macam penyakit juga merupakan bagian dari cobaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Namun di balik cobaan ini, terdapat berbagai rahasia/hikmah yang tidak dapat dinalar oleh akal manusia.

1. Sakit Menjadi Kebaikan bagi Seorang Muslim jika Dia Bersabar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya.” (HR. Muslim)

2. Sakit Akan Menghapuskan Dosa

Ketahuilah wahai saudaraku, penyakit merupakan sebab pengampunan atas kesalahan-kesalahan yang pernah engkau lakukan dengan hati, pendengaran, penglihatan, lisan dan dengan seluruh anggota tubuhmu. Terkadang penyakit itu juga merupakan hukuman dari dosa yang pernah dilakukan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy-Syuura: 30).Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (HR. Muslim)



3. Sakit akan Membawa Keselamatan dari Api Neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi.” (HR. Muslim)

Oleh karena itu, tidak boleh bagi seorang mukmin mencaci maki penyakit yang dideritanya, menggerutu, apalagi sampai berburuk sangka pada Allah dengan musibah sakit yang dideritanya. Bergembiralah wahai saudaraku, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api Neraka.” (HR. Al Bazzar, shohih)

4. Sakit akan Mengingatkan Hamba atas Kelalaiannya

Wahai saudaraku, sesungguhnya di balik penyakit dan musibah akan mengembalikan seorang hamba yang tadinya jauh dari mengingat Allah agar kembali kepada-Nya. Biasanya seseorang yang dalam keadaan sehat wal ‘afiat suka tenggelam dalam perbuatan maksiat dan mengikuti hawa nafsunya, dia sibuk dengan urusan dunia dan melalaikan Rabb-nya. Oleh karena itu, jika Allah mencobanya dengan suatu penyakit atau musibah, dia baru merasakan kelemahan, kehinaan, dan ketidakmampuan di hadapan Rabb-Nya. Dia menjadi ingat atas kelalaiannya selama ini, sehingga ia kembali pada Allah dengan penyesalan dan kepasrahan diri. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, ”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri.” (Al An’am: 42) yaitu supaya mereka mau tunduk kepada-Ku, memurnikan ibadah kepada-Ku, dan hanya mencintai-Ku, bukan mencintai selain-Ku, dengan cara ta’at dan pasrah kepada-Ku. (Tafsir Ibnu Jarir)



Terdapat Hikmah yang Banyak di Balik Berbagai Musibah

Wahai saudaraku, ketahuilah di balik cobaan berupa penyakit dan berbagai kesulitan lainnya, sesungguhnya di balik itu semua terdapat hikmah yang sangat banyak. Maka perhatikanlah saudaraku nasehat Ibnul Qoyyim rahimahullah berikut ini: “Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah (yang dapat kita gali, -ed). Namun akal kita sangatlah terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk 
akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari.” (Lihat Do’a dan Wirid, Yazid bin Abdul Qodir Jawas)

Ingatlah saudaraku, cobaan dan penyakit merupakan tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sesungguhnya Allah Ta’ala jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberi mereka cobaan.” (HR. Tirmidzi, shohih). 

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami keyakinan dan kesabaran yang akan meringankan segala musibah dunia ini. Amin.
sekian,wassalam..
(edited from tautanhatimuslimah.blogspot.com)
syukran jazilan..