Thursday, November 10, 2011

| Allah lebih sayangkan dia |

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

"Wamakaru wamakarAllah, Wallahu Khairul Maakirinnn "
Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah taala..


09 November 2011 bersamaan 13 Zulhijjah 1432h  

Hari Rabu,tengah hari tu hamba bersama-sama 4 5 orang sahabat ke rumah ck ah utk menziarahi umie..terasa berat hati nak balik umah petang tu,jadik buat keputusan utk stay kt situ..sahabat2 lain pulang dahulu..lebih kurang 5 minit selepas kepulangan mereka,ayah memanggil ck ah dan hamba utk duduk di tepi umie...abg yong ajar umie mengucap dua kalimah syahadah dan................................


Pada jam 3.50 petang,umie telah kembali ke rahmatullah disisi ayah,ck nie,ck ah,kak su dan abg yong....
Innalillahiwainnailaihirojiun.... Dari Allah kita datang,kepada Allah jua-lah kita kembali...
ck tie,abg jihan dan kak ira balik pada petang itu..

hanya beberapa ketika sebelum roh dicabut dari jasad,
hanya beberapa ketika sebelum roh ke alam barzakh,
maka terputuslah hubungannya dengan dunia
maka tamatlah riwayat seorang anak adam.. 
semoga rohnya dicucuri rahmat... (credit to : Izudin Hasan )

tidak akan terputus 3 perkara setelah anak adam itu meningggal dunia iaitu sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat dan doa anak yg soleh/solehah...

Semoga arwah umie dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman...Amiinn..
~Al-Fatihah~

sekian,wassalam...
p/s : salam takziah untukmu sahabat,Norsalihah Salleh dan keluarga....



untukmu yg bernama sahabat sejati....semoga dirimu tabah menghadapi ujian Allah ini...

 

Wednesday, November 9, 2011

~aku mencintaimu kerana Allah~

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Ya Allah,aku bermohon kepadaMu..berikan-lah kesembuhan kpd umie dari penyakit yg Engkau berikan..sesungguhnya ia merupakan kafarah dariMu jua..
Ya Rahman Ya Rahiim..kuatkan-lah semangat sahabatku dan ahli keluarganya utk menghadapi ujian dari Mu ini..kami redha dengan ketentuanMu...
dan aku menyayangi sahabat dan keluarganya kerana Mu jua..kekalkan-lah ukhuwah ini hingga ke akhir hayatku... Robbana aatina fi dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qinna 'azabbannar...
Amiin Ya Robbal 'alamin...


Allah bagi ujian..itu menandakan sayangnya Allah kpd hamba-hambaNya...
entri kali ni khas utk sahabatku tercinta kerana Allah...

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.. cubit paha kanan,paha kiri turut terasa...
Innallaha ma'na..Sesungguhnya Allah bersama-sama kita dan sudah tentu Allah bersama kamu dan keluargamu...tabah-lah kalian menempuhi dugaan ini...

Sahabat...ingat-lah..diriku setia disisimu utk menolong dan menyokongmu dari belakang..kerana dirimu sahabat dunia akhiratku...dan Semestinya,sahabat-sahabat lain juga turut menyokongmu..
Aku tahu dirimu sungguh kuat utk menghadapi ujian Allah kerana dirimu sentiasa kuat kala diriku lemah..dirimu-lah yg selalu mengucapkan kata-kata semangat ketika diriku jatuh tersungkur dek kerana sakit yg Allah berikan kpdku sebagai ujian dan kafarah dosa-dosa yg lalu.. sekarang,giliran aku memberi semangat kpdmu..Bangkit-lah!

bahuku sentiasa menanti dirimu utk berkongsi suka dukamu bersamaku..
syukur kpdNya pertemukan kita..
Aku mencintaimu kerana Allah,sahabat...


  Norsalihah bt Salleh & Wan Noor Anis Amaleena bt W.Ab.Aziz

diabdikan dalam entri ke-64 bersamaan 13 Zulhijjah 1432h
sekian,wassalam...
credit pic to : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah

Tuesday, November 8, 2011

| yang teristimewa |

Assalamualaikum...Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk diri ni terus bernafas dan berada atas muka bumi terindah ini... :)

Allah lame sungguh tinggalkan blog ni...memenuhi tuntutan yg lebih penting... huhu
agak tak terlambat kot setelah 5 hari berlalu,ulang tahunku yg ke -- menjelma..

Semoga dengan pertambahan usia ini,bertambah juga-lah amal ibadatku kpd Allah untuk dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak...insyaAllah,moga Allah izinkan...
terima kaseh kpd semua ; ibuku,ahli keluarga dan sahabat-sahabat semua yg mendoakan kesejahteraan diri ini..

Tiada ape yg istimewa kerana ku mengharapkan hadiah yg teristimewa dari Dia...akan ku tunggu hingga saatnya tiba....
sekian,wassalam.....


wan anis... :)

credit to : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah

Sunday, September 25, 2011

:: Ceritera UniSZA ::

Assalamualaikum...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahukakbar!
Alhamdulillah..syukur kepada Allah..berselawat untuk kekasih hati iaitu Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

Memandangkan hari ni hamba hanya ada 1 kelas sahaja,hamba buat keputusan nak cerita sket pasai kehidupan baru di UniSZA ni...patutnya kelas pagi tadi iaitu kelas Tamadun Asia dan Tamadun Islam(TITAS) tapi lecturer tak datang...lepas tu kelas BI petang ni cancel...jadik kelas yg still available,kelas akaun kul2 petang... :D

pintu pagar hadapan Kampus Gong Badak...kampusku laa..
okeyy..bermula pada 3 September 2011 secara rasminya hamba bergelar mahasiswi bagi UniSZA..yg memegang angka giliran daftar 22..membawa hamba menginap ke asrama sementara iaitu blok baru,blok G..
Seterusnya mempunyai roomate sementara iaitu Nur Amalina Bt Anuar,asal Johor,ex matrik Selangor(KMS) dan satu course dgn hamba.. :))
Antara kolej kediaman yang baru..ni bukan blok G...
Banner Minggu Mesra Siswa
Ijazah Sesi 2011/2012...
Dan hamba menjalani Minggu Mesra Siswa(MMS)dengan baiknya walaupun ada la sket ujian Allah bagi...
Semasa MMS tu macam-macam yang kami semua dapat...segala ilmu kami dapat...dari kuliah subuh sehinggalah ceramah pada malam hari iaitu jam terakhir sebelom kami semua(student degree)diberi rehat...
MMS ni dijayakan oleh MPP UniSZA sesi 2010/2011 dan pembantu-pembantu mahasiswa(PM)..

Antara kenangan yang hamba takkan lupakan dalam MMS ni ialah hamba beriadhah pada satu petang tu..hamba dan muslimat-muslimat lain bermain futsal... =) sangat2 suka dapat main futsal sebab dh tercapai impian nak main dgn muslimat...masa sekolah dulu dh rancang dgn classmate perempuan tapi tak tercapai..sekarang,Allah dah izinkan...hehe
Selain tu,kenangan bersajak pada malam kebudayaan MMS...kumpulan hamba kena tugasan bersajak..
bersajak mengenai wanita!

Pada hari terakhir MMS iaitu Khamis(8 September 2011)satu kejadian telah berlaku pada tengah hari itu...
Ramai student yang terkena food poisoning..DAN hamba antara mangsa yang terkena...patut la tengah hari tu hamba ada tertengok van kesihatan dari hospital...(UniSZA ada klinik dan ambulance sendiri..:) hamba telah rasai naik ambulance UniSZA sebab sakit perut ni la...hehe)
Kawan baik hamba pon turut terkena jgk..Doktor Erma Farhana...kami dibawa ke klinik UniSZA dan diberi ubat...tapi dr.erma kene suntik...hehe..dia sorang je yg kena suntik...yang p klinik tak de pon yg kene suntik..
Ni antara kenangan kami kt UniSZA jgk...

Pada malam tu,majlis penutup diadakan...dan patutnya pada pukul12 tengah malam tu,kami semua kena p ke Kem Merang untuk menjalani kem profil diri...untuk memilih student yg sesuai dilatih untuk jdik pegawai diplomatik/ptd...akan tetapi,pada malam tu ribut dan hujan yang agak lebat..jadik pelepasan kami ke sana ditunda ke pagi esok sebaik selesai solat subuh...
Disana kami dibahagi mengikut kumpulan dan buat ldk..dan petang tu plak kami junggle trekking dan water confident...1 pengalaman yg best =)kul6 petang Jumaat,kami semua pulang..keletihan..
suasana di Kem Merang,Pantai Merang...
Malam tu,hamba check kolej kediaman tetap untuk diduduki selama 2 sem nanti..hamba dapat blok Saodah dan roomateku tetap yg same.. Alhamdulillah..ina :))
Pada pagi Sabtu,hamba berpisah dengan Dr.erma..sebab dia akan berpindah ke Kampus Kota di tengah bandar Kuala Terengganu...Dan hamba mengangkut barang-barang ke bilik baru...beg-beg besar,hamba tunggu abang terchenta datang tolong angkutkan...hehe..terima kaseh ye... =)

Dan seterusnya inilah kehidupanku yang baru! Hari Ahad bermula kelas...
oklah,cerita untuk kehidupan di blok Saodah,kelas dan rakan-rakan sekelas insyaAllah hamba akan post dalam entri seterusnya...biiznillah..

sekian,wassalam..

Masjid UniSZA tersergam indah....

Saturday, September 24, 2011

~kehidupan baru~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wa syukurillah..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sehingga ke hari ini diri hamba masih diberi kesempatan untuk terus menjadi khalifah di muka bumi Yang Maha Esa...Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

hari ini sudah genap sebulan,ku meninggalkan diariku ini...ada banyak kekangan yang menyebabkan diari terus penuh dengan 'sesawang'...

"tak de mood nak menulis la...huhu"
"sibok sket...persiapan ke alam u"

dan sekarang,hamba berada di universiti! Alhamdulillah..tak terucap syukur kepada Al-Kholiq kerana memakbulkan doa hamba yg mengingankan univerisiti ini...minggu ni sudah masuk ke-4 hamba berada di sini..
kelas sudah bermula 2 minggu yg lepas..banyak yg perlu dipelajari tentang selok-belok kehidupan uni ini...

selama hampir sebulan,agak kesibukan sket untuk menulis dalam diari...banyak hal yg menuntut perhatianku juga...insyaAllah selepas ini diari akan terus 'beroperasi' seperti biasa..dgn izin Allah jua...
hehe...sibokk mengalahkan TGNA kerrr... :D

bersyukur kepada Allah juga(merujuk kpd entri yg terakhir sebelom ni)hati sudah mula terubat dengan kehidupan baru ini...tetapi minggu ini akan 'kegersangan' hati sket...huhu...ujian2.. {syaitan tgh hasut perasaan,nauzubillahi min zalik!!}

terase nak bercerita tentang kehidupan baruku secara detail tapi insyaAllah pada entri yg lain.. semoga Allah perkenankan =)

okla,sekian wassalam...
p/s : i miss someone!

Wednesday, August 24, 2011

La Tahzan!

Assalamualaikum...(24 Ramadhan 1432h)

Syukur kepada Allah s.w.t kerana masih menyayangiku! Allahuakbar! Allag bagi ujian tandanya Dia kaseh terhadap hamba-hambaNya..Selawat untuk junjungan yg mulia Nabi Muhammad s.a.w,keluarga serta sahabat baginda..

Maaf jika penulisan kali ini (sebelum ini pun) tak tersusun...tidak pandai untuk menulis..blog ini sekadar diari luahan hatiku..bila hatiku ingin berbicara disinilah tempat yg dituju...

Di penghujung Ramadhan ini,hati sedikit terusik dgn ujian hati dan jiwa..mungkin sekadar ujian persinggahan yg Allah bagi untuk menunjukkan kaseh sayangnya yang tak terhingga..Kaseh sayang Allah tak terkira luasnya untuk hambaNya..cuma kita shja yg tidak menyedari akan itu!


La Tahzan! Innallaha ma'na... Jangan bersedih..Allah bersama-sama kita...itu selalu yg hamba pesan kpd org yg bersedih.. Bila ujian itu datang kpdku,rasa tidak kuat utk mengharunginya.. Ya Allah,kuatkan dan tabahkan hatiku!



tiada ape lagi yg inginku coretkan kali ini..
dikesempatan ini ku ingin mengucapkan Salam Eid Fitri 1432h untuk semua kaum keluarga,saudara mara,sahabat handai (pasti an-nur,SK SIT 3,MMPM,KMP,UniSZA,facebookers dan blogger) dan muslimin muslimat ... Maaf dipinta untuk sepanjang perkenalan ini... :')
sekian,Wassalam..

p/s :
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia..
Atas kaseh sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasehNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
~WAN ANIS~

Wednesday, August 10, 2011

:: Walimatul 'Urus ::


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..
Syukur kpd Allah ta'ala,hamba masih bernyawa hari ni..9 Ramadhan pun bakal berlalu..datangnya 10 Ramadhan 1432h.. Selawat kpd junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,keluarga serta sahabat baginda..
Syukur juga atas segala nikmat yg Allah s.w.t bagi sehingga ke saat ini...

Terus ke tajuk entri kali ni.. Bila sahabat-sahabat(muslimah) sudah mula berbicara soal nikah-kawen... =)
Bermula dari satu perkhabaran gembira dari seorang sahabat yg bakal menjadi zaujah org pada Eid Fitri ini.. Tumpang gembira sangat2! :))
gambar sekadar hiasan..tq ye mr.google
mabruk 'alaikuma utk sahabat hamba yg sorang tu dan bakal zaujnya..semoga kalian berkekalan hingga ke syurga.. bak kata Ustaz Hasrizal (penulis buku terkenal) "Bercinta sampai ke syurga!" :)
ini khas untuk kalian :

Saban tahun,usia sudah meningkat..mungkin ada yg berkata :
"x payah pikir lagi..bukan masanya lagi"

"alah..kecik je lagi..nanti dh besar2 sket"

"orang-orang tua punya hal ni..kamu x pyh nk pikir..pikir blajaq je dlu"
huhu..antaranya la.. mengikut persekitaran sekitar la ni..
Hamba menyokong bila ada sahabat2 yg mau kawen awal..sebab dunia sekarang tak sama dengan dunia dahulu kala..boleh dikatakan tidak selamat utk muslimah2 kita.. Dan perkahwinan boleh mengelak fitnah paling besar di dunia.. Hamba menyokong walaupun hamba sendiri tak kawen lagi..tapi itu adalah sebaik-baiknya..

Tidak mahu mengulas panjang bab perkahwinan kerana kalian semua mempunyai pendapat masing-masing...
Hamba ada pendapat hamba sendiri! Hamba suka klau kawen awal! :)

Tapi bila sahabat mula bercerita tentang hal ni,mungkin tak lama lagi bersusun la kad undagan akan sampai..hehe..Hamba tunggu yg kalian punye.. =)

okla,setakat ni shja untuk entri ini.. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan selamat beramal ibadat di bulan Ramadhan yg mulia ini serta terus istiqomah utk bulan-bulan seterusnya..insyaAllah,sama-sama lakukan.. Amiinn...
Wassalam...

p/s : bila diri sudah disunting...apakah jawapannya??haha...pikir-pikirkanlah...

Monday, August 8, 2011

Menanti kehadiranmu!

Assalamualaikum... Salam Ramadhan Kareem! (jawab Allahu akram bila org kate ramadhan kareem ; pesanan dari sahabat di Jordan :) )

Syukur kpd Allah s.w.t kerana sehingga ke hari ini (8 Ramadhan 1432h) hamba masih diberi pinjam nyawa yg sementara ini... Allahu akbar! Tak lupa selawat kpd junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,sahabat dan keluarga baginda..

Alhamdulillah sudah seminggu kita semua berpuasa.. Rasa cepatnya masa berlalu..muhasabah sebentar!
apa yg sudah kita lakukan sepanjang seminggu ni?Rebutlah peluang yg Allah bagi untuk kita semua..
Ganjaran-ganjaran pada bulan Ramadhan ini sungguh banyak...

Memandangkan sudah hampir sebulan hamba tidak update blog...huhu..banyak yg berlaku...
Pada 29 Sya'ban 1432h yg lalu,iaitu sehari sebelum Ramadhan datang,ibu saudaraku telah kembali ke rahmatullah.. Ibu saudara yg telah menjagaku ketika hamba kecil..memandangkan mamiku terpaksa masuk kerja semasa umurku 56 hari bru.. Ibu saudaraku yg tu la telah menjagaku..rasa kehilangan yg amat..
Tapi itu semua ketentuan Allah..kita mesti redha..yg hidup mesti meneruskan kehidupannya..

Semoga ibu saudaraku ditempatkn bersama-sama org soleh... insyaAllah,amiinn...

Sekarang sedang sibuk sket menguruskan iftor bersama-sama anak-anak yatim di Kota Bharu..Anjuran Urusetia dan Fasilitator Kem Permata Impian,insyaAllah iftor tu pd 16hb nanti..sibuk mencari para dermawan.. dalam masa yg sama,iftor jami'ei khalifah 5ak09 insyaAllah akan diadakan pada 19hb..
2 iftor ni diperingkat 'tunggu hari je'..insyaAllah...
insyaAllah juga iftor jami'ei muslimah diperingkat perancangan..semoga Allah memudahkan segala urusan2 ini...


-Bersolat terawih di Masjid Besar Pasir Mas yg diimami oleh pelajar tahfiz dari Rantau Panjang..
-Mengikuti tadarus Al-Quran bersama muslimat :)

Setakat ini shaja buat entri ni... Selamat beramal ibadat di bulan Ramadhan yg mulia ini..
sekian,wassalam...

p/s : persiapan dokumen dan urusan ke UniSZA xbuat lgi...hehe

Sunday, July 17, 2011

[Kem Permata Impian]

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat kpd jumjungan kita Nabi Muhammad s.a.w,sahabat dan keluarga.. Syukur kpd Allah s.w.t kerana masih memberi kesempatan kpd hamba yg lemah lagi dhoif ni terus bersujud kpdNya...terus beribadat...terus berjuang di muka bumi milik Tuhan sekalian 'alam...
Alhamdulillah terdetik di hati nak kongsi pengalaman atau cerita sepangjang hamba mengikuti Kem Permata Impian ni.. ada yg mintak utk di'share'kan...



 KHAMIS 7/7/2011 ; JUMAAT 8/7/2011 ; SABTU 9/7/2011
kiteorg(fasilitator) diarahkan utk melapor diri masing2 kul 10 pagi di dewan SMKA Lati... Disitulah mulanya perkenalan kami semua.. ukhuwah fillah mula terjalin..dan hamba segan silu..haha.. mula2..biasa la,tak kenal rapat sgt.. utk 1 sekolah(muslimat mmpm) hanya hamba dgn kak long je(athirah arifah)..sbb tu kot segan..p sekolah org la katakan..tapi yg 1 kolej(kmp)ramai gak..dlm 4 5 orang..tapi yg accountancy hamba je! yg lain semuanya science...huhu.. tapi thanks a lot to Erma Farhana sebelum ke kem pun dia yg byk bagi info..pegawai maklumat dan data la katakan...hehe..sampai2 depan dewan tu pon,si erma ni lah yg tulun angkat beg hamba..haha..nice one memory =)
ok,lepas tu tulun pape yg patut...around 12 noon,ada briefing utk semua fasi.. di'briefing'kan oleh en.fahmi kita as timbalan kem komandan memandangkan kem komandan tak dapat bersama utk first day and second day..(masih ada kuliah d ipg).. hehe..serius!mula2 impression trhadap en fahmi nih "senior smkal kot..matured muka"..then bila sahabat kabo,dop eh..sama je umur...ampun ye en.fahmi.. :D diteruskan plak dgn ucapan sulung..cehh..ketua fasilitator..en.azli firdaus..@ budak2 form 4 pggil abe li..pemimpin berjiwa rakyat nih... bagi student2 kmp,setuju tak kalu hamba kata dari jarak jauh azli ni macam izzudin hasan..hehe..judin jpp@din bas tu la...pada pandangan mata yg kabur la..hamba dan zakirah dk ckp pasai muka nak sama... sayangnya,gambar2 tu hamba xdop..gmbar ats tu 'curi' dh kat group...huhu
briefing pn habis la..hmpir nak kul1 dah..setengah g cari makan..hamba dgn salwiza ke asrama..makan apa yg ada je dulu...asrama smkal ok..sesuai la utk kami2 ni..(rindu bilik d kmp).. dk 1 bilik dgn salwiza dan fatin naemah yg comey...solat zohor utk first tu x jemaah di surau lagi...around 2 lebih sikit,g ke dewan..utk masa pendaftaran peserta..kteorg yg bukan ajk pendaftaran,dk sengih je la ke peserta...hehe

dalam masa pendaftaran tu la,kenal nur atiqah che alim..dia sama mcm hamba... ^_^.. dia ex bestari dan ex kmpk..sempat g kot borak2 dgn dia,walaupun dia ajk pendaftaran masa tu...huhu
lepas pendaftaran kalu tak silap ada taklimat dari timbalan kem kom..tak ingat dh..ada sesi ta'aruf urusetia dan fasi kps peserta.. lepas tu solat asar berjemaah di surau..(x kan miss jemaah ni..sayang kalu miss jemaah)..ooh lupa..hamba ditaklifkan sebagai ajk dakwah...(xtahu la,dakwah ke tak..hehe..buat setakat yg termampu ek)dan KPI pn berjalan mengikut tentatif yg ditetapkanlah..byk game@modul kita ada..game best2...
kita ada kuliah maghrib ; selepas isya' kita LDK..xde kuliah dasar(KD)lagi.. sampai la ke malam..selepas kul11 lebih peserta disuruh tidurrr...ajk dakwah ditugaskan utk ketuai bacaan Al-Mulk dan menidurkan adik2 nih...haha..haiii bukan main susah lagi bdk2 ni nak tido...akak nk je tdo dik ooii...malam tu bertugas bersama hazirah yg cute..hoho..panggil ha je kt hazirah neh...dan kami dikecualikan dari postmortem malam tu...haha
hamba dan hazirah pn tdo awal sket malam tu dari yg lain2...yg lain tu hampir kul2 dah bru balik dan tdo..kesian..ermm..xpela,hangpa tdo dan bangun lewat skit esok utk qiam..hamba ajk dakwah kena bangun awal nk bangunkan adik2 ni plak...hehe.. Bangun2 pagi esok,ajk berubah..ha yg sebelum ni ajk disiplin diletakkan bersama hamba dan atiqah as ajk disiplin...huhu..pertukaran diperlukan..xpela,ada kawan jgk..
then g qiam..munajat..solat subuh..kuliah subuh..(miss masjid Al-Falah,kmp)...mcm biasa..program diteruskan mengikut tentatif.. Hafizi @ abe pijie bdk2 ni pggil jadi ketua disiplin...bekeng kot!hehe..pah ke hamba takuttt... :D tengah hari tu,urusetia dan fasi muslimat buat meeting di surau..timbalan ketua fasi,iaitu saidatul sbgai ketua...sebelum masuk waktu zohor..yg muslimin ke masjid utk solat jumaat...tengah hari tu,ustazah di smkal jadik imamah kami... :)
petang Jumaat tu,kem komandan kita sampai..
kem komandan bersama PK HEM SMKAL dan mama suhaily,kaunselor dan penasihat KPI 2011

Pada malam tu,ucapan sulung dari kem kom..seterusnya,program berjalan..kalau x silap malam tu ada game..sepanjang siang tu,kuliah dasar dh ada..selesai malam tu akan ada postmortem bersama kem kom..haha..ingat balik time nih..hamba takut nk masuk postmortem malam tu...kih3..x caya,yg p prog ni tanya la ha,erma n ammar...ku luah perasaan pd mereka...ngeh3..
sebelum postmortem diadakan,yg lain2 diarahkan minum malam dulu..hamba dan 'ammar ditugaskan utk menidurkan budak2 malam tu...masa tengah2 suruh budak2 tdo,ada kejadian JEJAK KASIH berlaku...so sweet susu pekat manis...hehe..jejak kasih bersama nor 'ammar liyana..weee...rupa2 nya bdk 'ammar ni ex classmate hamba masa sekolah rendah...mesti terpikir kan,macam mana classmate tapi x kenal?huhu..
'ammar pindah sekolah lepas standard 5..sbb sekolah kami dulu berpindah ke lokasi baru..so,'ammar ni masuk sekolah yg berdekatan dan hamba terus bersekolah di sekolah lama...yg kami ingat,kami sekelas masa standard 4!hehe..mula dari malam tu,kami berkepit..hoho
kami pn masuk la ke dalam postmortem malam tu..kena ta'aruf sekali lagi..dk tepi erma mlm tu..tepi tiqah..
postmortem punya postmortem + perancangan utk esok,tengok jam sudah kul3...huhu..sahabat hamba kata,keje kuat kot!kul3 bru hbis..hamba bls msg dia kul3..huhu..pakat2,semua x nak tdo malam tu..ye la,kalu tdo sohih x bangun nk qiam..qiam nak buat awal malam tu.kul4.30 dh nk stat qiam..kul4 la kejutkan adik2 nih..kul3.45 fasi kne siap..ajk dakwah dan ajk displin + ajk skuad pengejut adik2 mandi kul3.30 pagi!huh
then,adik2 plak lambat...qiam x jadik..dimarah free bdk2 ni oleh abg2 ajk disiplin dan dakwah..huhu...sampai ke kakak2 ni pun terkejut kne marah skali...hohoho... kesian kt kami =(

pagi tu,urusetia dan fasi berpakat nak ceriakan hati adik2 ni...hari last kan..x nak tinggallkan kesan pape la kt adik2...nk enjoy dlm kem ni..ok? =) pagi tu kita main game lagi..lepas masuk KD ...ya Allah..ngantuk nya time KD ni..ceramah oleh senior smkal..kak ruwaida..hamba x pakai cermin ajaib pun sepanjang kem tu..masuj KD pun x ingat nk pakai...so,x nampak la muka kak da tu...dah hbis dia ceramah,nak kata Allah ni mmg pandaikan..kak da tu lalu tepi kt hamba duduk..hamba nk salam la tanda hormat..bila hulurkan tangan tu kak da pun kata "anis kan??" ...hamba dengan blur2 nya..sape ni..x cam muka..hehe..kak da pn kata "anak ckgu sha'ari.." adushh! macam mana jiran sendiri x boleh knal...haha..kak da yg dulu kecik2 je tau..kak da budak pandai,x selalu kluar rumah..hehe..lain kak da sekarang ni..makin comei! :)
dalam masa yg sama,semalam rasanya..nk p solat zohor kt surau..jumpa jiran gk...ngeh3..adik form3..farhana..kebetulan dia ada kem bahasa arab kt sekolah gk...hari jumpa jiran2...huhu

then,masuk slot KD kedua..around 11a.m..kami dah tak tahan saidatul!hehe...saidatul yg sgt memahami kami,bagi kami2 semua p tdoq sat..yela,dari semalam tak tdo...semua balik dorm..ce nk lelap dah,saidatul datang...waa..kem kom panggil briefing utk next modul...waaa...hehe...kteorg p la..habis je brief tu,terus je balik dorm...sambung balik tdoq tdi...lebih kurang sejam tdo,hamba bangun..solat jemaah zohor..kul1 p surau..jemaah plak lambat hari tu...menyebabkan saidatul pun solat sndri..(dia nk cepat ke dewan ; persiapan perasmian penutup ptg tu)..dan hamba tunggu la jap jemaah..aishh x de la plak..maka,hamba pn solat sndri gak...siap hamba solat,bru la jemaah mula..adik2 muslimat pn bru mai..lps tu main game bangunanku sayang..(nama modul ni hamba ingat.yg lain x ingat..hehe)..

lebih kurang kul3 lebih,kami semua masuk ke dewan..PK HEM dh datang utk perasmian penutup..urusetia dan fasi menyambut kedatangannya dan mama sekali...
cik pengerusi majlis ; hanim dan bertudung biru tu cik camerawoman ; 'ammar
majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu tema iaitu Adakah Kau Lupa..lepas tu bacaan doa oleh Syarif..@ budak2 ni panggil abe syarif... then ucapan wakil peserta iaitu Adib,ucapan kem kom ; syafiq dan ucapan perasmian penutup KPI 2011 oleh PK HEM..unit ict menyajikan kami sebuah slide..gambar2 sepanjang kem...seterusnya,mama bagi hadiah kpd setiap kumpulan peserta..lps tu,PKHEM bagi sijil dan cenderahati kpd semua urusetia dan fasilitator..dan hamba biasa la,second last...nama W kan...dengan itu berakhirlah KPI 2011..tapi belom lagi bagi kami..ada postmortem last bersama mama..tapi mama sekejap je ada..mama nk cepat...dan kami round table..sikit2 sorang cakap...tapi ada yg panjang lebor..hehe..petang tu penuh dgn suka dan tawa kami bersama..ukhuwah fillah.. :)

lepas tu,ada 5 6 org ke surau dulu sebelum balik..solat asar..ada yg dh balik..hamba solat bersama tiqah,hanim dan ada lagi la..usai solat,p kemas barang..hamba dan cik ain comey(will be nurse) tumpang kereta tiqah ke depan dewan..lepas tu kami semua membawa haluan masing2...

kenangan bersama kalian tidak akan hamba lupakan..satu kenangan terindah dalam tahun 2011..pengalaman yg mungkin dpt digunakan utk bila2 dan mana2 tempat lagi...kita datang dari berlainan tempat tapi boleh menjayakan satu program dengan hebat sekali..ini semua dari pertolongan Allah ta'ala jua...
terima kasih kpd Allah mengurniakan ukhuwah baru ni...insyaAllah ukhuwah fillah abadan abada... ^_^

dan kepada Salwiza,terima kasih byk2 sebab ajak anis ye p KPI..x lupa utk pihak pentadbir SMKAL dan urusetia kem,jazakallahu khairan jazaa' terima hamba sebagai fasi.. :)
dan Erma Farhana thanks a lot to u! banyak dh kongsi cter ye...haha..senyap2 sudahh... :D
to urusetia dan fasilitator Kem Permata Impian 2011, we are siblings now... sayang kamu semua kerana Allah! will miss that moment...
sekian,wassalam..

p/s : tulis entry ni sambil dengar lagu raya..~kesengalan kot~hehe...
p/s latest : dh lame dh jdik draft...bru blh publish...interner wt hal..

Monday, July 4, 2011

~mimpi yg tak sudah~

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...selawat kpd Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat..

rasenya lama dah tak update blog...tak sempat..malam ni,Alhamdulillah Allah bagi sedikit kelapangan..disebabkan re-check yg hamba buat dh menemui jalan buntu..belum tanya pada yg arif lagi..macam dah x sempat utk gunakan kat kem permata impian(khas utk adik2 kumpulan)..sambung re-check tu lepas balik kem tu la..

lebih kurang seminggu baru balik dari kL..sepanjang seminggu ni,mak aii..penat!keje x henti2 kot...
bermula dgn kesibukan persiapan utk Himpunan Beliawanis Pasir Mas..kt situ dh macam2 ujian dihadapi..Allah nk uji sama ada hamba Dia kuat ke tak.. Alhamdulillah semuanya dpt diatasi dan majlis berjalan dgn lancar...terima kasih semua yg terlibat terutama ajk2...uhibbuki fillah :)
ihsan dari kak ilvira..hehe

InsyaAllah berjumpa lagi dalam program lain under Nisa'!
habis je program tu,x sihat sikit...huhu..dugaan2..dh ok dah pun.. ;)
tengah prepare utk g kem permata impian..under SMKA Lati..hujung minggu ni..hamba diamanahkan sebagai ajk dakwah dan fasilitator..berat tu amanah!semoga Allah membantu...barakallah...

tapi tak prepare pn lagi utk hari rabu ni...waaa...byk keje den..huhu..kem tu xpela,hari khamis baru p lapor diri..hari rabu nanti ada jamuan sambil menderma..ditugaskan utk pasangkan video dan lagu2 nasyid..hehe..bahan tak cari pn lagi...semoga Allah permudahkan segalanya... :)

utk malam ni,hamba rilek2 je..hehe..entah,penat!huhu...rasanya nk p bercuti je ni..nk duduk tepi pantai...
dan dah dua malam dk dengar lagu mimpi yg tak sudah tu..haha..entah..ku pendam sebuah luka pn hamba dgr..muahaha...suka2 je dgr...tu yg tajuk entri jadik mcm tu..x de kaitan kan..hoho

xtahu dah nk coret ape..ape2 je la ye...sekadar memasukkan entri je..lama2 x masukkan entri,nnti sawang penuh plakkan...

okla,wassalam...

p/s : semoga Allah membantu dan mempermudahkan urusanku,insyaAllah amiinn..

Sunday, June 26, 2011

tak de tajuk!

Assalamualaikum…
bersyukur kpd Mu,Ya Allah…masih memberi nikmat kpd hambaMu ini..
nikmat segala2nya..selawat kpd kekasih hatiku,Nabi Muhammad s.a.w…

sebenarnya,dari tadi dk pikir …entri kali ni nk guna title apa…sbb macam2 nk cter ni…huhu
dari Putrajaya sampai ke rumah dk pikir,x kluaq2 pn tajuknya…
nak dijadikan cerita,macam mana la blh sampai ke Putrajaya hari ni…hehe

petang tadi dk tgk cter “hatiku tak menentu”(nak tau cter apa,cari tau sdri.. :D).. tgh syok2 tgk cter tu,diajak keluaq makan..berat je hati rasa nak tinggal…haha..ade ke patut?x patut3…so,dengan langkah berat kluaq la umah…jalan punya jalan(kereta la jalan,tuannya stay kt dlm krta)…
jauhnya nk p makan je kot…ooo rupanya ke Kajang…makan sate kajang…hoho..10 btg sate daging,10 btg sate ayam dan 10 btg sate kambing..semuanya disapu licin hamba dan kakak hamba lah…hehe
(no pics sbb lapar sgt..)

dh kenyang tu..katanya ‘driver’ nk ke pantai ke?kakakku kata..”haa dh smpai pantai,hari pn dh gelap..hehe”…masa tu pn dh kul5 ptg..solat asar pn belom lagi…so,dh alang2 kt Kajang,decide nk g ambik angin kt Putrajaya…tu yg boleh smpai ke sana tu..then,terus ke Masjid  Tuanku Mizan..

Ya Allah..haii…punya la besaq dan memeningkan kepala dlm masjid tu…sbb besaq sangat dan org pn x ramai,first x jmpa toilet…hehe..adushhh la…dari G naik dgn escalator ke C1..
mana la tmpat wanita ni…ok,jumpa! Mana la plak toilet ni..rupanya,disebalik pintu gergasi tu!hehe..jumpa la toilet…selesai kt situ,nk ambik wuduk..dh Nampak dh tmpt ambik wuduk tu..nk p ambik wuduk,ada cleaner tgh mencuci…lelaki!haii mmg ape kes ni??nk ambik wuduk mcm mn..
hamba dan kakak ni penat dh..last2,ambik wuduk kt sinki..

ok,kitaorg x jmpa tmpt solat!jmpa signboard..(mcm kt jalanraya plak…haha)…
dewan solat utama tingkat C2.. dewan solat wanita C3…dh jmpa..so,naik dgn lif…mak aii bukak je pintu lif,lantai dia mcm kotor skit..x terjaga..jemaah kena tanggalkn kasut dari luar tadi lagi..
naik je la lif tu..dk kt tepi2 skit..smpai C3,cerahnya..mana tmpat solat..palingkn sikit kepala kea rah kiri,ada la 3 4 org kakak dan mak cik tgh solat..ooo kt sini ke tmpt solatnya..open!

kt bawah tu,dewan solat utama(lelaki)
ni la tmpt solatnya…hanya bertiraikan tirai yg tak berapa nk tirai..okla,paham konsep open masjid tapi tmpt solat wanita x sesuai mcm tu..open sgt..dh la,ada ke patut org lelaki ada kt tmpt solat tu…
dh slamber je lalu kt org tgh solat dan tgh betulkan tudung…ishh…sbb ada lelaki2 tu,tgh renovate sikit…tapi masa tu waktu org solat..x boleh la ada…xtau,no komen la..sedaya upaya jaga aurat…
(mood : rindu masjid al-falah kt kmp!)
lepas solat tu adala sikit ambik gambor…huhu
view dari tmpat solat wanita..
taman dalam masjid..
lepas tu,balik…dari Putrajaya ke Hartamas,Damansara jap…singgah beli blueberry chess..mengidam!hehe…terima kasih lah kakakku tersayang sbb belanja…then,balik umah…

itulah kehidupan hari2 terakhir di Kuala Lumpur..esok dh nak balik ke tanah serendah sekebun bunga…:) tak sabo rasanya…kakakku terchenta sorang lagi tu dk d Kota Bharu,sila pick up adikmu ini ye malam esok!terima kasihlah…nmpaknya sebelum smpai ke umah,singgah dulu di rumah kakak…
fireflyz..your community airline!
Dk KL macam2 dapat..kat sini jgk dpt kekuatan yg selama ni dk tercari2..insyaAllah semoga Allah memberikan kekuatan lagi utk berhadapan dgn org2 di rumah plak…huhu..macam2 tempat pergi dan macam2 ragam manusia la kenal..semuanya bakal menjadi kenangan terindah sepanjang cuti ni…terima kaish kpd kakakku…balik ke klate utk menghabiskn baki cuti yg masih ada lebih kurang  2 bulan lebih lagi..macam2 program dh isi sepanjang 2 bulan ni..penuh diariku ..

okla,setakat ni je dulu..entri  terakhir di Wangsa Maju…bakal bersambung di Pasir Mas plak,insyaAllah…
sekian,wassalam…

p/s : rasa macam diari plak..hehe..ikut sukalah..
hamba Allah yg sentiasa mengharapkan mardhatillah!

Wan Anis Humaira’ kata :
sedih nk tinggal Nuha Aisyah…be a good daughter to mommy ye!
nuha aisyah yg comei!

Wednesday, June 22, 2011

Aurat&Hijab( Part 2)

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah,bersyukur kpd Allah ta'ala kerana masih diberi peluang utk terus bernyawa di muka bumi Allah ini...meneruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat2 mensyiarkan Islam...siapa lagi yg nak menegakkan agama Allah ini jika bukan kita...hamba Allah yg terpilih...

ok,jom..teruskan penulisan pasai program lepas tu ye...sebelum tu nak tambah sikit dari Dr Har dan Dato' Hasnah...
Dr Har kata ada kan pepatah yg menyebut 'kau ibarat lilin yg membakar bla bla bla...'..mcm x sesuai nk dibandingkan dgn wanita...kan pepatah tu selalu diibaratkn kpd guru,emak,wanita...bukan!
Dr Har kata wanita ibarat mentari! mengeluarkan cahaya tapi tak mngurangkan cahayanya sendiri..betulkan??
sy sgt setuju...
Dari Dato' Hasnah plak,bila kita faham tentang aurat&pemakaian hijab ni setebal mana pun kain yg menutup aurat kita,kita tetap x kesah kpd panas tu...tapi sebaliknya..klau kita x faham,senipis mana pun pakaian kita,kita tetap akan terasa panasnya...(panas api neraka kot)

then..smbung ye yg tergantung di Part 1..salah satu soalan yg menarik perhatian anis dan kakak ialah soalan tentang pemakaian purdah..soalan ni dari Dr Sarah..(x sure Dr kt mana)...soalan dia menjurus kpd hukum pakai la...Dr Har yg jawab...(x expect ye soalan mcm ni akan ditanya..mana2 anis pergi msti ada berkait dgn purdah ni..tanda ke ni??)
lebih kurang mcm ni la Dr Har jawab...
"hukum menyatakan tidak wajib(anis tmbah dlm hati : pendapat khilafiah ye pasai berniqob ni)..tapi pemakaian purdah ni atas individu tersebut..harus diingatkan jangan kerana niat nak tutup muka sebab lelaki ye..atau sbb rasa muka tu cantik..jgn sekali2..kenapa perlu sebab lelaki nak pakaikn..dan si ayah yg bertanggungjawab menentukan anaknya patut pakai atau tidak"...tambah tolak bersih,lebih krg mcm tu la...
maaf ye klau tersilap...anis fikir jap 'habis aku mcm mana ni?nak kena ty wali dulu la(abang sulong)..huhu'...
simpan dlm hati nk tanya Dr Har lepas hbis program ni..

around 5.30 habis la AURAT&HIJAB ni...dan sesi bergambor!hoho...
first bergambar la ramai2 dgn semua org yg ada kt situ..nak tgk gmbr tu cari kt fb page Heliza Helmi punya..hehe..(x payah cari la...acah je..)
jumpa Dr Har..masa tu excited sgt smpai terlupa soalan yg nk ty tadi tu..adushh..ape la..insyaAllah,nnti ty kt fb page dia...dia ty nama dan smpai nk balik tu jmpa dia skali lagi,and she still remember my name...(suka sgt sbb dia tak ingat nama kakak anis..wakaka)...hehe
haaa...part ni laa paling best...menyibukkan diri pergi ambik gambar dgn kak Wardina,Kak Heliza dan Kak Irma Hasmie... ^_^ ( maaf,gambar tidak boleh dipaparkan sbb tak pakai purdah masa tu..huhu..menjadi koleksi peribadi)
sempat borak2 dgn Kak Wardina..."kecik nya dua beradik..ish x suka la org kecik2 ni" hehe...
mmg la kecik skit dari dia...dh dia baka mat salleh,mmg la besaq sikit dari kitaorg yg asli melayu ni+ore klate plak gk..meme kecik molek la...cek mek molek...haha.dia ty anis,belajar kt mana...bla bla bla...
then,borak dgn Kak Heliza...(matanya comeiii...hehe)...dk main teka-teki umur berapa..
last sekali dia cakap "kekalkan awet muda ni..hehe"....
kitaorg pn pergi la makan dan minum sikit..banyak kot makanan..bayar 50 hinggit tu mcm x padan la..charity kot...bihun goreng,roti jala,kuih2,mcm2 laa...and this cupcakes! love it!


lepas makan tu,kita decide nk balik terus..sempat solat asar di rumah..
sebelum balik tu jumpa kak ina..said thank you... :)

oh terlupa den...cerita pasai barang2 dalam bag hitam tu kan...hehe
org pompuan je kot excited...(mcm aku..hehe)..mcm2 ada dlm beg tu..thanks ye sponsored...
dapat hadiah dari Walit Gold(xtau,search mr.google)...
galeri ilmu..majalah anis..best dpt edisi pasai cter2 ayah...*ingat arwah Abah lagi...
buku Akademi Ramadan..(belum baca...x sempat..insyaAllah sblum bulan puasa,kita baca)..tgk tajuk2 dia mcm buku amalan2 bulan Ramadan la..bagus tu... thumbs up to organised!
barang2 dari We are beautiful,Allah loves us..sticker kereta,note book,pelekat kt cermin...
air mineral,air kotak...ermhh mcm2 la..dan paling special,dlm tu ada air zam-zam dan kurma maryami.. ;)

ermm..itu je la yg dapat dikongsi sepanjang pergi program tu..
thanks to Sri Munawwarah(semoga terus berjaya),We are beautiful,Allah loves us,dan lain2 yg turut menjayakan program ini...lain kali kita datang lagi,insyaAllah!
to kak ina,thanks ye! :)
dapatkan majalah ANIS edisi Julai 2011..cerita lanjut mengenai AURAT&HIJAB
yg penting Dr Har ada dlm ni...hehe..beli2!
maaf ye..yg buruk itu datang dari diri ini yg lemah lagi dhoif disisi Allah ta'ala,yg baik itu datang dari Al-Kholid
...sekian,wassalam...

kata Wan Anis Humaira :
banyak program sedang menanti di klate...
cakna keluarga(rasa2nya akan terlepas ; belum blik klate lgi)
himpunan beliawanis..
kem permata impian..
iftor jami'e...
semoga Allah membantu dan memberkati program2 ni...insyaAllah,amiinn...

Monday, June 20, 2011

Aurat&Hijab( Part 1)

Assalamualaikum.... Alhamdulillah,syukur kpd Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan utk mencoret di blog ni...dan tak lupa selawat kpd junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...
yeay!hehe...entri kali ni sgguh excited nk share...

ok,pd 19 Jun iaitu semalam,anis dan kakak(Diana Aziz) pergi satu talk@like a discussion la...
namanya AURAT&HIJAB... di SRI MUNAWWARAH Design & Lounge,TTDI,KL...
this event were organised by Sri Munawwarah and We Are Beautiful,Allah Loves Us...
Bicara petang santai bersama :
Prof Madya Dr Halina Siraj (pakar O&G / motivator) dan
Dato' Hajah Tuan Hasnah (pereka & pemilik Sri Munawwarah Design)
serta berkongsi pengalaman Wardina Safiyyah, personaliti/penulis.
...

kt sini nak share pengalaman pergi je ek...not to more explain what is aurat&hijab...bcoz semua dh tahu tu...
around 1.30 pm,dh ada kt sana..naik kt atas hall tu dh ramai org..hmpir nk penuh dh hall...
registered to kak ina(Haslina Ali) and we got the bag..hoho...sponsored by We are beautiful,Allah loves us...

lepas daftar tu,terus letak bag dekat kerusi and pergi solat zohor dlu kt bilik solat yg disediakn...
my first impression,"aku mcm datang salah tmpat je"  haha...sbb semua yg prgi kt situ,woww mcm datin2...
tapi mmg betul la ada dato',datin...hehe,,semua cantik2 la kan...huhu..tapi ada yg biasa2 mcm aku ni...and group to be Al-Hafizah pn ada..kawan2 anak kak ina la...then pikir balik,"x salah tmpat la..blh kenal mcm2 org"....

ok,lepas solat tu duduk kt kerusi..tunggu majlis mula..sambil2 tunggu tu,organised tunjukkn video semasa pelancaran design 2011 Sri Munawwarah yg Permaisuri Agong mencemar duli...

dalam 2.45 pm mcm tu,kak ina mulakan majlis...bukak majlis then say welcome to guest...
this event covered by TV ALHIJRAH,Berita Harian,The Star,Majalah Anis and more others magazine...
Hajah Shamsiah@Aunty Sham(Qariah Wilayah Persekutuan '92) baca ayat suci Al-Quran sebagai mukadimah majlis..surah yg dibaca surah Luqman,ayat 12-17...sungguh menyentuh hati maksud ayat2 tersebut..organised dh sediakn tafsir ayt tu dlm bag yg dpt tdi tu...(cari ye dlm tafsir Quran and baca,hayati) *sebak dan mengalirkn sedikit air mata bersama kakakku...huhu...ayat tu merupakan pesanan Luqman kpd anaknya..this made us missed arwah Abah so much...Al-Fatihah

then,majlis diteruskn dgn talk oleh Dr Harlina Siraj(prof madya ye)...tajuk yg dia punye :
"ANDA,AURAT&HIJAB-TITIK PERMULAAN HATI&AMALAN"
definisi tentang beauty...yg menarik dari segi syariat Islam..Islam tidak memandang kecantikan tetapi hanya takwa Allah nilai dan yg membezakan kita semua... :)
Dr Har juga,ada mnyebut tentang tafisr ayat Al-Quran iaitu ayat 30-31 surah An-Nur..(cari tau sdri ye..hehe)
dan yg paling menarik tentang Syed Qutub tulis dalam bukunya,mengenai kecantikan...
kecantikan terbahagi kpd dua iaitu : kecantikan haiwaniah dan kejelitaan insaniah...
haiwaniah sprti haiwan2,iaitu tidak menutup aurat..yela,tgk lembu semua tu kn x tutup aurat..dan Allah buat mcm tu ada sebabnya..utk menarik pasangan pd musim mengawan...diibaratkn wanita x menutup aurat seperti tu la..1 je aim dia,utk menarik perhatian org..(maaf ye klau rasa kasar tapi Dr Har ckp mcm tu la and sememangnya betul,face the fact!)
insaniah pula,terlahir selepas menutup aurat...sopan dan santunnya akan automatic keluar...maknanya,tutup aurat still nampak cantik...x cantik x kan Allah buat hukum suruh tutup aurat kan..Sesungguhnya Allah menyukai kecantikan...and banyak lagi la Dr Har share...

ok,next...Dato' Hasnah(mommy kak ina) bercakap..bercerita tentang pengalaman beliau utk pakai hijab ni...pengalaman bagaimana nk membukak Sri Munawwarah tu...mcm2 la...nk tahu,ty je la ye..pnjang klau nk bercerita...huhu
then,kak Wardina Safiyyah...kelakor jgk dia...xtahu nk ckp apa..dia turun ty kakak tu sorang.."nak dengar apa sebenarnya dari dia" hehe...kakak tu ckp,"ur past..about wardina pnye hijrah"
dia pn mula la..ckp dia pnye cter..mcm mana blh pakai hijab..and so on...

oh lupa nk bgtau...heliza dan irma hasmie pn ada gk...^_^
selepas wardina bercakap,ada sesi soal jawab...
ada 1 soalan yg sgt menarik dan x expect akan ada org ty...apakah soalannya??
nak tau apa yg ada dlm bag hitam tu?special sgt dlm tu...haha...
nak tau,tunggu AURAT&HIJAB Part 2(pnjg sgt der..kne stop kt sini dlu..hehe)

ok,sekian...wassalam...
p/s : blh klik di nama2 yg ada kt atas tu,sudah dilinkkan ke facebook... :)

Wednesday, June 15, 2011

~muhasabah diri~

Assalamualaikum....
Syukur,Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam nyawa untuk terus berjuang di muka bumi Allah....

Allahuakbar! (ni sekadar perkongsian..tidak ada niat lain.. :) )

Masa nak solat Maghrib tadi,hanya Dia yg tahu...betapa sebaknya hati ni...nak nangis..
Sebabnya,petang tadi borak dgn kakakku terchenta...
bercerita tentang misi hidupku yg satu tu la...(insyaAllah aku sedang melaksanakn misi tu ; moga istiqomah)

Muhasabah sekejap..betul ke jalan yg ku ambik ni??
sebab kadang2 x percaya...tapi kakakku kata," kamu yg dipilih oleh Allah..bersyukurlah"
kakak kata,bersyukurlah kamu tidak menjadi seperti yg lain2..

Ku terasa sangat hina,kerdil di sisi Allah ta'ala...
Dosa yg lalu......layakkah aku menerima risikan misi ini??
sangat2 bimbang jika orang sekeliling mengata...
tapi bak kata mamiku "orang blh mengata sbb x kena bayar,guna mulut je"


Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kpd hambaMu ini....
untuk aku terus istiqomah dlm misi ini....
aku bersyukur menjadi hamba yg dipilih olehMu...
insyaAllah,akanku gunakannya sebaik mungkin...
Amiinnn... :)

ape ni??hehe...tunggang-langgang coretan ni...
xpela...dh namanya blog tak seberapa...
misi apa tu??insyaAllah akan ku bongkarkan misi itu sedikit masa lagi... :)
ini sekadar coretan....

sekian,wassalam....
hamba Allah yg mengejar MARDHATILLAH...