Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Rahsia.

Assalamualaikum.

Selawat buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
Allahu akbar!

waa..dah lama tinggalkan dunia blog ni.. tengok lah post yg terakhir bila.haha*malu sendiri*
tapi Alhamdulillah..masih berkesempatan utk terus jari-jemari ni menari-nari di keyboard laptop kesayangan..

banyak nak diceritakan tp satu persatu lah ye..mungkin kesibukan melanda(atau memang sengaja menyibukkan diri.huhu)menyebabkan blog tak terupdate. *alangkah bestnye klau blog ni update sendiri.haha.berangan! :P

ok2..dari dok melalut entah apa-apa,moh la kita story2..
sekarang ni tengah cuti final semester 3.dan bila cuti bermula,aktiviti pon bermula lah..
aktiviti apa?kalau first week cuti tu biasalah kan.haha. *makan.tido.makan.tido*
kalau student u,memang macam tu. eh,ke diri hamba shja yg begitu. :D
takdelah ketara sangat makan tidonye tu.sebab anak-anak buah ramai yg balik umah.
ada yg kena hantar g sekolah,melayan kerenah-kerenah kt umah ni..
DAN part paling best,melayan anak buah yg sulung. HOMESICK!
Adam a.k.a nama glamer kt umah ialah Abe. Dia masuk sekolah tahfiz dekat umah nenek dia ni..
so,bila homesick dia melanda bagai ribut taufan,hamba la yg melayannya..hoho. *suka ye aniss!sama je lah dulu pon.huhu


lebih kurang mcm ni lah!hehe

ok,tutup cter.habislah kalau dia baca blog sue anis dia nih!haha :P

masuk second week.kita berjalan-jalan la sket ye..dh namanya pon cuti kannn..
berjalan+hantar my lovely sister & cik nuha balik KL..
Petang tadi baru sampai dari KL..
duduk di KL hanya 3 hari sahaja tapi SUBHANALLAH. dapat sesuatu yg tak ternilai.
Nak tau apa? tunggu next entry plak.hehe *tak larat nak taip daaa,penattt,huuu*

mengancam kan gambar nih!kat mana?rahsia dlu.next entry k :)
 sekian,wassalam.


Thursday, November 10, 2011

| Allah lebih sayangkan dia |

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

"Wamakaru wamakarAllah, Wallahu Khairul Maakirinnn "
Sebaik-baik perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah taala..


09 November 2011 bersamaan 13 Zulhijjah 1432h  

Hari Rabu,tengah hari tu hamba bersama-sama 4 5 orang sahabat ke rumah ck ah utk menziarahi umie..terasa berat hati nak balik umah petang tu,jadik buat keputusan utk stay kt situ..sahabat2 lain pulang dahulu..lebih kurang 5 minit selepas kepulangan mereka,ayah memanggil ck ah dan hamba utk duduk di tepi umie...abg yong ajar umie mengucap dua kalimah syahadah dan................................


Pada jam 3.50 petang,umie telah kembali ke rahmatullah disisi ayah,ck nie,ck ah,kak su dan abg yong....
Innalillahiwainnailaihirojiun.... Dari Allah kita datang,kepada Allah jua-lah kita kembali...
ck tie,abg jihan dan kak ira balik pada petang itu..

hanya beberapa ketika sebelum roh dicabut dari jasad,
hanya beberapa ketika sebelum roh ke alam barzakh,
maka terputuslah hubungannya dengan dunia
maka tamatlah riwayat seorang anak adam.. 
semoga rohnya dicucuri rahmat... (credit to : Izudin Hasan )

tidak akan terputus 3 perkara setelah anak adam itu meningggal dunia iaitu sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat dan doa anak yg soleh/solehah...

Semoga arwah umie dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman...Amiinn..
~Al-Fatihah~

sekian,wassalam...
p/s : salam takziah untukmu sahabat,Norsalihah Salleh dan keluarga....



untukmu yg bernama sahabat sejati....semoga dirimu tabah menghadapi ujian Allah ini...

 

Wednesday, November 9, 2011

~aku mencintaimu kerana Allah~

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Ya Allah,aku bermohon kepadaMu..berikan-lah kesembuhan kpd umie dari penyakit yg Engkau berikan..sesungguhnya ia merupakan kafarah dariMu jua..
Ya Rahman Ya Rahiim..kuatkan-lah semangat sahabatku dan ahli keluarganya utk menghadapi ujian dari Mu ini..kami redha dengan ketentuanMu...
dan aku menyayangi sahabat dan keluarganya kerana Mu jua..kekalkan-lah ukhuwah ini hingga ke akhir hayatku... Robbana aatina fi dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qinna 'azabbannar...
Amiin Ya Robbal 'alamin...


Allah bagi ujian..itu menandakan sayangnya Allah kpd hamba-hambaNya...
entri kali ni khas utk sahabatku tercinta kerana Allah...

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.. cubit paha kanan,paha kiri turut terasa...
Innallaha ma'na..Sesungguhnya Allah bersama-sama kita dan sudah tentu Allah bersama kamu dan keluargamu...tabah-lah kalian menempuhi dugaan ini...

Sahabat...ingat-lah..diriku setia disisimu utk menolong dan menyokongmu dari belakang..kerana dirimu sahabat dunia akhiratku...dan Semestinya,sahabat-sahabat lain juga turut menyokongmu..
Aku tahu dirimu sungguh kuat utk menghadapi ujian Allah kerana dirimu sentiasa kuat kala diriku lemah..dirimu-lah yg selalu mengucapkan kata-kata semangat ketika diriku jatuh tersungkur dek kerana sakit yg Allah berikan kpdku sebagai ujian dan kafarah dosa-dosa yg lalu.. sekarang,giliran aku memberi semangat kpdmu..Bangkit-lah!

bahuku sentiasa menanti dirimu utk berkongsi suka dukamu bersamaku..
syukur kpdNya pertemukan kita..
Aku mencintaimu kerana Allah,sahabat...


  Norsalihah bt Salleh & Wan Noor Anis Amaleena bt W.Ab.Aziz

diabdikan dalam entri ke-64 bersamaan 13 Zulhijjah 1432h
sekian,wassalam...
credit pic to : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah

Sunday, September 25, 2011

:: Ceritera UniSZA ::

Assalamualaikum...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahukakbar!
Alhamdulillah..syukur kepada Allah..berselawat untuk kekasih hati iaitu Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

Memandangkan hari ni hamba hanya ada 1 kelas sahaja,hamba buat keputusan nak cerita sket pasai kehidupan baru di UniSZA ni...patutnya kelas pagi tadi iaitu kelas Tamadun Asia dan Tamadun Islam(TITAS) tapi lecturer tak datang...lepas tu kelas BI petang ni cancel...jadik kelas yg still available,kelas akaun kul2 petang... :D

pintu pagar hadapan Kampus Gong Badak...kampusku laa..
okeyy..bermula pada 3 September 2011 secara rasminya hamba bergelar mahasiswi bagi UniSZA..yg memegang angka giliran daftar 22..membawa hamba menginap ke asrama sementara iaitu blok baru,blok G..
Seterusnya mempunyai roomate sementara iaitu Nur Amalina Bt Anuar,asal Johor,ex matrik Selangor(KMS) dan satu course dgn hamba.. :))
Antara kolej kediaman yang baru..ni bukan blok G...
Banner Minggu Mesra Siswa
Ijazah Sesi 2011/2012...
Dan hamba menjalani Minggu Mesra Siswa(MMS)dengan baiknya walaupun ada la sket ujian Allah bagi...
Semasa MMS tu macam-macam yang kami semua dapat...segala ilmu kami dapat...dari kuliah subuh sehinggalah ceramah pada malam hari iaitu jam terakhir sebelom kami semua(student degree)diberi rehat...
MMS ni dijayakan oleh MPP UniSZA sesi 2010/2011 dan pembantu-pembantu mahasiswa(PM)..

Antara kenangan yang hamba takkan lupakan dalam MMS ni ialah hamba beriadhah pada satu petang tu..hamba dan muslimat-muslimat lain bermain futsal... =) sangat2 suka dapat main futsal sebab dh tercapai impian nak main dgn muslimat...masa sekolah dulu dh rancang dgn classmate perempuan tapi tak tercapai..sekarang,Allah dah izinkan...hehe
Selain tu,kenangan bersajak pada malam kebudayaan MMS...kumpulan hamba kena tugasan bersajak..
bersajak mengenai wanita!

Pada hari terakhir MMS iaitu Khamis(8 September 2011)satu kejadian telah berlaku pada tengah hari itu...
Ramai student yang terkena food poisoning..DAN hamba antara mangsa yang terkena...patut la tengah hari tu hamba ada tertengok van kesihatan dari hospital...(UniSZA ada klinik dan ambulance sendiri..:) hamba telah rasai naik ambulance UniSZA sebab sakit perut ni la...hehe)
Kawan baik hamba pon turut terkena jgk..Doktor Erma Farhana...kami dibawa ke klinik UniSZA dan diberi ubat...tapi dr.erma kene suntik...hehe..dia sorang je yg kena suntik...yang p klinik tak de pon yg kene suntik..
Ni antara kenangan kami kt UniSZA jgk...

Pada malam tu,majlis penutup diadakan...dan patutnya pada pukul12 tengah malam tu,kami semua kena p ke Kem Merang untuk menjalani kem profil diri...untuk memilih student yg sesuai dilatih untuk jdik pegawai diplomatik/ptd...akan tetapi,pada malam tu ribut dan hujan yang agak lebat..jadik pelepasan kami ke sana ditunda ke pagi esok sebaik selesai solat subuh...
Disana kami dibahagi mengikut kumpulan dan buat ldk..dan petang tu plak kami junggle trekking dan water confident...1 pengalaman yg best =)kul6 petang Jumaat,kami semua pulang..keletihan..
suasana di Kem Merang,Pantai Merang...
Malam tu,hamba check kolej kediaman tetap untuk diduduki selama 2 sem nanti..hamba dapat blok Saodah dan roomateku tetap yg same.. Alhamdulillah..ina :))
Pada pagi Sabtu,hamba berpisah dengan Dr.erma..sebab dia akan berpindah ke Kampus Kota di tengah bandar Kuala Terengganu...Dan hamba mengangkut barang-barang ke bilik baru...beg-beg besar,hamba tunggu abang terchenta datang tolong angkutkan...hehe..terima kaseh ye... =)

Dan seterusnya inilah kehidupanku yang baru! Hari Ahad bermula kelas...
oklah,cerita untuk kehidupan di blok Saodah,kelas dan rakan-rakan sekelas insyaAllah hamba akan post dalam entri seterusnya...biiznillah..

sekian,wassalam..

Masjid UniSZA tersergam indah....

Saturday, September 24, 2011

~kehidupan baru~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah wa syukurillah..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sehingga ke hari ini diri hamba masih diberi kesempatan untuk terus menjadi khalifah di muka bumi Yang Maha Esa...Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda dan sahabat-sahabat...

hari ini sudah genap sebulan,ku meninggalkan diariku ini...ada banyak kekangan yang menyebabkan diari terus penuh dengan 'sesawang'...

"tak de mood nak menulis la...huhu"
"sibok sket...persiapan ke alam u"

dan sekarang,hamba berada di universiti! Alhamdulillah..tak terucap syukur kepada Al-Kholiq kerana memakbulkan doa hamba yg mengingankan univerisiti ini...minggu ni sudah masuk ke-4 hamba berada di sini..
kelas sudah bermula 2 minggu yg lepas..banyak yg perlu dipelajari tentang selok-belok kehidupan uni ini...

selama hampir sebulan,agak kesibukan sket untuk menulis dalam diari...banyak hal yg menuntut perhatianku juga...insyaAllah selepas ini diari akan terus 'beroperasi' seperti biasa..dgn izin Allah jua...
hehe...sibokk mengalahkan TGNA kerrr... :D

bersyukur kepada Allah juga(merujuk kpd entri yg terakhir sebelom ni)hati sudah mula terubat dengan kehidupan baru ini...tetapi minggu ini akan 'kegersangan' hati sket...huhu...ujian2.. {syaitan tgh hasut perasaan,nauzubillahi min zalik!!}

terase nak bercerita tentang kehidupan baruku secara detail tapi insyaAllah pada entri yg lain.. semoga Allah perkenankan =)

okla,sekian wassalam...
p/s : i miss someone!