Sunday, July 8, 2012

Umrahku & Ziarah 2012

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum semua...semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah :)
Selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah wa syukurillah..
Tiada lagi yang mampu diucapkan setelah segalanye selesai dan selamat kembali dari Tanah Haram suci Madinah al-Munawarrah dan Mekah al-Mukarramah.. Allah!tak dapat nak gambarkan perasaan sebagai hamba Allah yg hina ini.. Dalam usia yg begitu muda(ramai org dk ckp cam ni..) sgt beruntung dan bertuah kerana dipilih utk menjadi dhuyufu rahman (tetamu Allah) di tanah yg sgt diberkatiNya.. insyaAllah,entri kali ni anis nk coretkan sedikit pengalaman menjadi tetamu Allah selama 2 minggu disana bersama beberapa gambar yg sempat dirakam..

Pada 22 Jun 2012 :

10.00 pagi (waktu malaysia) : Kapal terbang MAS berlepas ke Madinah al-Munawarrah.penerbangan mengambil masa selama 8jam.first time perjalanan jauh ke negara luar.ketika dlm penerbangan,agak mewah dijamu makan.hehe.makan,tdo je keje.

antara makanan yg dibagi..aiskrim magnum pn dpt :D

01.00 tengah hari (waktu Arab Saudi) : Alhamdulillah selamat sampai di Tanah Haram Madinah al-Munawarrah.masa cop passport kt kaunter imigresen,dh kne kacau ngn pak arab.adoii.hehe.
keluar dari airport,terus terasa bahang kepanasan ni Madinah.mgkin cuaca pada tgh hari tu mencecah 40+ celcius.

turun dari kapal terbang,terus naik bas ni..hntr ke tmpt arrival(mcm lrt pn ye jgkkn)



Alhamdulilllah terus dibawa oleh mutawwif ke hotel(hotel fayrooz,berhadapan madinah hilton) utk check in.Sampai di hotel hmpir kul3.30 ptg..lmbt di airport,uruskan beg2..waktu sampai di hotel,jemaah yg sudah ada sudah turun nk ke masjid utk solat asar sekitar jam 3.45 ptg..

23 Jun 2012 :

Pada pagi tu jemaah kami dibawa untuk melawat dalam kawasan Masjid Nabawi iaitu ke Makam Nabi Muhammad s.a.w dan Raudhah.Ya Allah!ramai sungguh orang pada hari tu..masa untuk muslimat masuk ke bahagian raudhah dan makam ialah selepas subuh dan selepas solat zohor setiap hari.bagi muslimin plak bila2 je boleh pegi kt situ..solat waktu pn boleh je kat situ..beruntungnya mereka kn..

sabda Baginda s.a.w,sesungguhnya ruang antara rumahku dan mimbarku,
yakni raudhah,adalah salah 1 drpd taman-taman syurga.pic credit to Nik Omar Iqbal

24 Jun 2012 :

kami semua dibawa oleh mutawwif untuk menziarahi tempat2 bersejarah sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba',Masjid Tujuh,Masjid Qiblataian,Makam Syuhada Uhud atau Bukit Uhud dan terakhir sekali ke Pasar Kurma.

 Masjid Quba' : masjid pertama yang dibina oleh orang Islam.Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. 

di hadapan Makam Syuhada Uhud : dari kiri we,mok su yah,mami,mok su & alia
sebak masa ustaz husni cerita tentang para syuhada ni..
akhir sekali ke Pasar Kurma.paling best kt sana ikut suka je nk makan & try kurma dan coklat byk mana pn..anis,alia & iq mmg byk la makan..hehe.. kurma ajwa(kurma Nabi)cukup 7 bijik makan free.. :D

24 Jun - 3 Julai 2012 :

Hari terakhir di Madinah dan akan bergerak ke Mekah al-Mukarramah lepas solat zohor.Buat ziarah wida' kpd Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga dijemput lagi ke Masjid Nabi itu...

payung automatik di luar masjid :)
Dalam perjalanan,kami bermiqat di Bir Ali untuk niat umrah buat kali pertama.mula dari situ kami kena jaga pantang larang selama dalam ihram.mengambil selama 6 jam lebih dari Madinah ke Kota Mekah.kami sampai sekitar jam 8.30 malam di sana dan terus check in di Hotel Nebras Al-Sultan.Kul10 malam kami berkumpul di lobi utk mutawwif bawa ke Masjidil Haram sekaligus menyempurnakan umrah pertama.

Masjidil Haram
Jabal Abi Kubais : tempat Nabi Ibrahim pertama kali melaungkan talbiah
 utk menyeru ummatnya untuk dtg ke Kaabah.Sekarang disitu merupakan istana raja Arab Saudi.
Dibawahnya ada bangunan putih : merupakan rumah Nabi Muhammad s.a.w
dan sekarang menjadi Maktabah a.k.a library

Lebih kurang seminggu di Tanah Haram suci Mekah al-Mukarramah banyak pengalaman yg dapat dikutip.anis sempat melakukan ibadah umrah sebanyak 4 kali.umrah kali kedua diniatkan untuk arwah Abah dan ketiga untuk arwah mak saudara(mek).moga2 segala ibadat yg dilakukan diterima Allah s.w.t.Sedikit gambar yg sempat dirakam ketika dibawa ziarah di sekitar Kota Mekah.

27 Jun 2012 : Jabal Nur : tempat persinggahan Nabi Muhammad
Jabal Rahmah : tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
doa mustajab utk jodoh kt sini..hehe

selesai berdoa & bergambar di Jabal Rahmah,sempat beli aiskrim pak Arab.
5 riyal satu,mahal tapi berbaloi la jgk.sedapp!!
Melawat di sekitar tempat org melakukan ibadah haji :
 Bangunan bertingkat itu tempat melontar
khemah putih tempat jemaah haji tinggal
tak boleh masuk dekat sebab ditutup,hanya dibuka pd musim haji shja

30 Jun 2012 : dibawa ke Hudaibiyah ; kawasannye masih padang pasir
ke ladang unta ; boleh beli n minum susu unta :)
penjual susu unta ; tgh masukkn dalam botol
1 botol 5 riyal ; x bau hamis pn susu unta,rase mcm santan..huhu
buih susu unta ; ustaz husni iaitu mutawwif ckp
 ia baik utk lembutkan kulit muka

so,tok sedara anis yg mulakan dlu..hehe.
lps tu semua org sapu kt muka..including me! :D
next : ke muzium Mekah

plan terbaru utk pembangunan Masjidil Haram

pemegang hajarul aswad

pintu Kaabah yg lama

tiang di dalam Kaabah

mami dihadapan telaga zam2 yg dulu ; sekarang telaga zam2 telah ditutup.
yg asalnya berada di depan pintu Kaabah

Sekitar Masjidil Haram :


di dalam masjid : muslimat zone


pintu masjid : Babul Fatah

tempat saie : Bukit Marwah menuju ke Bukit Safa

dalam masjid : tempat solat & turun ke Baitillah

tong air zam2 : sejuk je minum kt situ,sbb ada yg sejuk & x sejuk

bahagian dalam masjid

burung yg sentiasa menemani perjalananku ke masjid
geram tengok burung ni,gemuk2 semua.makan free byk ni.hehe

dari Marwah ke Safa

exc : di Bukit Marwah setelah selesai tahlul

sekitar dalam Masjidil Haram

Alhamdulillah sepanjang berada di Tanah Haram selama 2 minggu,Allah memberikan kesihatan yg cukup baik utk beribadah kpdNya walaupon suhu di sana sgt panas,hari kedua sebelum balik mencecah ke 44 darjah celcius.pada 2 Julai 2012,sehari sebelom balik anis dpt masuk solat hajat dlm Hijir Ismail.Subhanallah!Syukur kpd Mu Ya Allah.setelah tu pegi pegang Kaabah kejap.Dan Alhamdulillah jgk mami & anis sempat khatam Al-Quran di Mekah,walaupun separuh dah dibaca di Malaysia lagi.Mami belanja kami sekeluarga makan nasi Arab pada malam terakhir berada di Tanah Haram.

nasi Arab original : made in Mekah
3 Julai 2012 :

pada pagi tu,kami selesaikan tawaf wida'..selepas itu bertolak ke Airport Jeddah utk penerbangan balik ke Malaysia.sebelom ke airport,singgah di Masjid Terapung(hanya org Asia yg pggil mcm tu sbb nk sama dgn masjid terapung di Terengganu) utk solat jamak zohor dan asar & makan tengah hari di tepi Laut Merah

Masjid Terapung atau nama sebenarnya Masjid Rahmah

Laut Merah : pemisah antara Mesir dan Arab Saudi
Flight Jeddah ke Kuala Lumpur pd kul 9 malam dan alhamdulillah selamat sampai di KLIA pada kul11.30 pagi waktu Malaysia(4 Julai 2012),waktu Mekah lebih kurang 6.30 pagi.flight delay sejam lebih sebab cuaca di KL hujan dan berangin pd masa tu.

Assalamualaikum Malaysia! :)
Gembira dalam sedih.Gembira sebab nak balik jumpa keluarga&sahabat2 yg ditinggal tetapi rasa sedih sungguh kuat utk tinggalkan Tanah Haram.entah bila Allah akan mengangkatku lagi sebagai dhuyufu rahman.Tiada kata lain yg dapatku ucap selain berdoa dan terus berdoa kpd Dia agar ak dipilih lagi sebagai tetamuNya.Allahuakbar!

ak rindu Baitillah,rindu Masjidil Haram,rindu Masjid Nabawi,
rindu Raudhah,rindu Rasulullah
Setakat ini sahajalah coretan perjalananku ke Tanah Haram.Semoga dgn entri ini akan membawa suatu perubahan atau titik permulaan yg baru dalam diri kita semua.insyaAllah amiinn.. :'(
Wassalam

p/s : 
*1 Julai merupakan tarikh ulang tahun buat arwah Abah yg tersayang,ketika tu anis masih di Mekah..
*entri ni ambik masa 2 3 hari nk siap..sbb kesihatan diri tak mengizinkan..perubahan cuaca kot..huhu..apa2 pon alhamdulillah :)
* terima kaseh dan syukron kpd semua yg mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami sekeluarga..nak minum air zam2 & makan kurma dtg la umah :D


Saturday, June 9, 2012

.:: IMTIHAN WAL UMRAH ::.

Assalamualaikum...

hari ni (9 Jun 2012) hari terakhir study week..so,esok dah bermula 'peperangan' di medan exam..
pada kesempatan ini,sy Wan Anis memohon kemaafan dari kalian semua utk sepanjang perkenalan kita..
harap dimaafkan yer.. bitaufik wannajah,selamat berjaya dan gudluck untuk semua sahabat2 yg sedang exam dan akan exam macam sy..semoga Allah memberkati segala usaha kita..insyaAllah..







sekadar itu shja entry kali ni..
wassalam..

p/s : tinggal 11 hari lagi sebelom sy berangkat ke Tanah Suci,Makkah Al-Mukaramah..doakan sy semoga selamat pergi dan balik...semoga tenang melakukan ibadah disana nanti..syukran jazilan :)

Friday, May 11, 2012

~ setanggi syurga ~


Setanggi syurga! :)

~ Ceritera ~

Assalamualaikum semua!

Dah lama tak update blog...hujung minggu ni rase nak BERSIH sesawang la...jom!

ok,bangun pagi tadi 'main' basuh baju ngan ainur..lps tu get ready nak g kelas blogging..
hari ni masuk kelas blogging under Rakan Muda UniSZA...Puan Aida yg ajarkan buat blog,cantikkan blog..
so,rajin la skit nak update blog ni..hehe *sebelom ni tak sempat dan malas..wakaka*

mau cerita pasal cuti midsem hari tu dan selepas cuti...
cuti midsem lepas ak merantau *jdk ank perantau sat*... start cuti 6 april! fisrt,jalan2 g penang..start je cuti p umah ainur kt kepala batas..duduk 4 hari kt sana..family ainur sgt sporting & terbaikkk lah!
macam2 ak buat n p tempat org..kire cari environment baru la...huhu
dapat makan pasemboq,bakso & satay special,ostrich!

ni haa bakso nya buk!bestttt
satay macam2 adaaa.. ostrich,sotong,ayam balck pepper & daging!


lepas balik dari penang terus ke wangsa maju.. jumpa si kecik nuha!


i'm going to alamanda with mami tok,mommy,daddy n sue anis!


lepas dau tiga hari kat sana balik ke klate ngan mami..duduk umah sehari hari jumaat then esoknya hari sabtu balik ke gong badak!

15 april start semula kuliah...hoho..bermulalah minggu yg penat ;P
bertungkus lumus utk presentation,test,kuiz n midterm!fuhhhh...
Syukur Allah bantu kami.. :)
Sehingga hari ni byk assingment belom settle..byk program jgk hjg minggu!

ok tu je la,hjg entry kali.. insyaAllah see u next time! *moga2 ada masa free utk update lagi*
sekian,wassalam...


Friday, March 23, 2012

~S.I.L.E.N.T~

Assalamualaikum.. semoga Allah merahmati kita semua..tiada apa yg mahu dikongsikan kali ini..sekadar coretan dari seseorang di laman sosial..ambe hanya kopipes je :)
ingin abdikan dalam diari...buat tatapan semua dan bakal imamku kelak...


♥ DIAM, ITULAH CARAKU MENCINTAIMU ♥

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keridhoan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,aku tidak cemburu karena kau bukan hakku,Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau.Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.bila ada siraman Ridhonya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya..jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam,biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.

Salam ukhuwah Fillah...

sekian,wassalam...

Monday, February 27, 2012

:: Dia Imamku ::

Assalamualaikum.. syukur kpd Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...
ambe ade tertarik dgn satu artikel kat iluvislam.com..jadik terase nak abdikan dalam diari ambe la artikel tu..
semoga manfaatnya turut ada untuk readers sekalian... lets read again and again and again! :)





"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah 
ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.



Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

sekian,salam sayang kerana Allah..


Wednesday, February 22, 2012

~sweet sour~

Assalamualaikum..

Syukur kpd Allah s.w.t yang Maha Esa ; menguasai seluruh 'alam ini..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus diri anis menconteng diari tak seberapa ni...
tapi setelah sekian lama menyepi kan...habis Kem Pelajar Intelek tak sempat pn nak update blog..
macam-macam pengalaman dapat utk KPI S2 2012 ni..suka duka bersama terutama urusetia dan fasilitator..mama suhaili pon.. :)

gambar ambe sipi2 pn xpela..hehe



adik tiqah kite terr... :)
antara gambar yg disnap dan ambe ambik dari page fb..
untuk pengetahuan readers,kpi dah lancarkan page fb dan blog rasmi pada majlis penutup kem barubaru ni..
BLOG RASMI KPI (klik) & PAGE FB KPI (klik)

Ok habis sudah riwayat KPI S2 2012.. insyaAllah akan menyusul banyak lagi program selepas ni.. :)
lepas habis kem,sibuk kemas barang nak balik unisza..kan dah nak masuk sem baru a.k.a semester 2!!
dalam kesibukan settlekan hal nak g umrah n nak balik unisza,ambe terima 1 berita gembira..dan ambe dh bgtau mami.. ^_^ berita ape??wait n see..insyaAllah bila dan confirm,ambe akan bgtau kat sini ye.. :))

Alhamdulillah masuk sem 2..jadual agak padat sampai ke malam..huhu..tapi xpela,adat belajar kan...
jumpa semula geng2 satu kepala,riuh rendah laa blok saodah ni..macammacam cter ada..hee
untuk sem 2 ni ambe dgn cik 'ainur dah jadik sweet couple sbb coupling buat assingment islamic economics..
okla,klau ikut nak cter pasai bdk2 neh x habis satu entry..huhu

kak farah,aisya,ambe & 'ainur..atas bas tganu dri mydin n giant :)
sekian,salam sayang kerana Allah dari :